Sehingga ke hari ini, bukan ratusan malah ribuan sukarelawan telah ke Pantai Timur serta beberapa negeri lagi yang terjejas teruk akibat banjir. Serentak itu, pada Isnin, Menteri Pertanian & Industi Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa sukarelawan mendaftar diri mereka sebelum menyampaikan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir. Gesaan itu adalah untuk memudahkan kerja-kerja menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir agar lebih sistematik.
 
Top