Artikel ini dipetik dari status seorang Facebooker Tegar bernama Tun Maharezza
Beliau berasal dari Utara semenanjung dan sekarang menetap di Malaga, Spain.
Mari kita ikuti apa yang tersurat dalam kenyataan beliau.

****************************************************

Pertempuran dan peperangan yang tidak diperlukan

1.  telah menjadi rahsia umum kini petempuran diantara pentadbiran Tun M dan pentadbiran PM Najib sedang menuju ke arah 1 peperangan yg mungkin agak besar dan bakal memusnahkan kesinambungan umno dn bn.

2.  Pilihaanraya negeri sarawak akan datang yangg dijangkakan pada pertengahan tahun ini menjadi pemangkin penentuan nasib kepada masa depan BN diperingkat pru kelak .

3.  Kedua-dua paksi pentadbiran ini tidak lagi dilihat mahu mengendurkan dan menstabilkan keadaan, tekanan pentadbiran Tun M ke atas pentadbiran PM Najib agak melampau dan di luar batasan.
Tusukan pentadbiran Tun M telah sudah melebihi had dan amat perlu distabilkan agar perkara ini dapat diselesaikan di meja rundingan secara tertutup.

Pencemaran dn kepincangan pentadbiran PM Najib agak melampau dan sudah jauh keluar dari batasan dan amat juga perlu ditangani segera.

4.  Kedua-dua paksi pentadbiran ini tidak perlu menegak diri dan tidak perlu menafikan kesilapan masing- masing dn tidak perlu menolak hakikat malapetaka yg telah mereka berikan kpd UMNO/BN dan negara. Kedua-duanya ada betul dn tidak betul , kedua-duanya sama shj.

5.kita telah menghormati tun m dn pentadbirannya ,kita juga menghormati pentadbiran pm najib dn pm najib. Kita telah bersungguh menyokong dn mempertahankan ke 2 paksi ,.kita telah berikan kuasa dn amanah kpd ke 2 paksi. Kita rakyat jelata kesal kecewa dgn peperangan yg tdk perlu ini. Kesinambungan umno lebih penting dn lebih mutlak utk dipelihara dn dihormati dn dibela daripada kepentingan politik dan selera peribadi ke 2 paksi.

6.   Mereka harus pentingkan negara., harus memelihara dan membela kesinambungan UMNO/BN.
Kedua-dua paksi ini harus kendurkan keadaan., paksi Tun M harus gunakan saluran dalaman dan tertutup dan paksi PM Najib harus terbuka dan bersedia mencuci kotoran yangg ditunjukan dengan bersungguh.

7.  Satu pihak membuat teguran selektif dan agak melampau manakala Satu pihak lagi terlalu rakus dengan sangat melampau. Kedua-dua paksi ini perlu berundur dan tenangkan diri demi kepentingan umno dn kesinambungannya.

8. Kita rakyat sudah bosan jelak dan meluat dengan kedua-dua paksi ini , kita hormati mereka ini tetapi mereka telah sudah jauh melebihi had batasan.

Lion vs Tiger , the crocodile win !

TMX

****************************************************




- Editor Guano Boh -
 
Top