Kuala Lumpur, 23 Jan 2015- Semangat federalisme di Kelantan semakin menebal selepas pasca banjir negeri itu, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdulllah.

Datuk Mohd Amar juga berharap semangat itu dikekalkan bagi memastikan pembangunan negeri Kelantan dapat dilakukan dengan lancar.
“Jika dahulu orang kata ‘masam-masam manis’, sekarang selepas banjir kesedaran semakin tinggi. Kita harap semangat federalisme boleh ditingkatkan, kerana apa yang penting rakyat perlu diberi keutamaan.
“Sebab yang terjejas banjir bukan hanya orang Umno, Pas sahaja yang tidak ada parti juga terkena banjir,” katanya ketika membuka bicara pada siri Wacana Sinar Harian bertajuk Kelantan Pasca Banjir di Auditorium Sultan Muhammad V, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf semalam.
Katanya, pihaknya amat berbesar hati dengan kerjasama dan bantuan yang diberikan Kerajaan Persekutuan serta agensi kerajaan semasa dan selepas banjir melanda negeri itu.
 
Top