Kota Bharu- Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau mempunyai maklumat mengenai aktiviti (Pembalakan Haram) tersebut hasil tinjauan udara yang dilakukan dan sedang mencari jalan untuk menyelesaikannya.

Bagaimanapun katanya, perkara tersebut diketepikan terlebih dahulu kerana fokus kerajaan negeri ketika ini adalah untuk memulihkan kehidupan rakyat yang terjejas akibat bencana itu.

“Kita pun ada maklumat, saya cari maklumat, saya naik helikopter dan tengok cuma tidak mahu utamakan perkara itu lagi. Kita sentiasa bertanggungjawab,” katanya dalam sidang akhbar di sini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pendedahan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa kerajaan mempunyai maklumat mengenai aktiviti haram tersebut.

Shahidan seperti dilaporkan berkata, maklumat yang akan didedahkan kepada umum diterima daripada pelbagai agensi termasuk Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan mengandungi nama individu serta penaja termasuk ahli politik.


 
Top