27 Jan 2014- Isu banjir telah membongkarkan banyak perkara, diantaranya , selama ini  keributan isu pembalakan telah dinafikan sekerasnya oleh PAS dan sekutunya sehingga menyebabkan banjir bercampur lumpur di Negeri Kelantan yang banyak menjahanamkan harta benda rakyat. Kerakusan pemimpin PAS menarah bukit sehingga mencemarkan eko sistem yang amat penting dalam negara ini.

“Orang PAS ni guna agama untuk makan duit haram,duit rakyat,masuk dalam perut mereka.Mereka ini lebih hina daripada tuduhan mereka atas orang UMNO.Sebab sekarang saya kena minta bantuan dari Kesedar (Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan).Jabatan milik Barisan Nasional ni akan tolong saya cari makan.Harapkan PAS,mereka sibuk curi rampas tanah orang,curi balak,tidak bayar pampasan atau ganti rugi,”demikian kata Harun Che Anal,warga emas berusia 61 dari Gua Musang,Kelantan.

Sebanyak 39 syarikat yang telah dilantik oleh Kerajaan  Negeri Kelantan untuk memajukan program Ladang Rakyat. Syarikat syarikat tersebut telah mendapat kebenaran untuk pembalakan di Hulu Kelantan yang  merangkumi kawasan yang seluas 47,927 hektar  dan dinilai konsesi balak tersebut bernilai dalam lingkungan RM923 juta.

Diantara syarikat syarikat yang terlibat ialah :

Alan—Asra Agroutures Sdn.Bhd ( 607 Hektar)
Alifya Forestry Sdn. Bhd (404.6 Hektar)
Ash-Har Travel & Tour Sdn Bhd (404.6 Hektar)
Binaan Budi Sawmill Sdn. Bhd ( 404.6 Hektar)
Bahtera Resources Sdn Bhd (607 Hektar)
Bukit Liang Sdn Bhd (607 Hektar)
Cosmos Option Sdn Bhd (404 Hektar)
Desa Industry Sdn Bhd (404.6 Hektar)
Embun Ria Sdn Bhd (607 Hektar)
Euromawar Sdn Bhd (600 Hektar)
Excel Sdn Bhd (404 Hektar)
Focal Technology Sdn Bhd (500 Hektar)
Gentie Country Sdn Bhd (607 Hektar)
ICM Food Ans Beverage (400 Hektar)
Masco Engineering and Construction Sdn Bhd (607 Hektar)
Indah Ehsan Holding Sdn Bhd (607 Hektar )
Inxion Construction Sdn Bhd (607 Hektar)
Jejaka Mamur Sdn Bhd (328 Hektar)
Kesan Progresif Sdn Bhd (607 Hektar)
Keysem Sdn Bhd (404.6 Hektar)
Khazanah Muara Sdn Bhd (607 Hektar)
Malysia-Beijing Holding Sdn Bhd (404.6 Hektar)
Narsco Holding Sdn Bhd ( 607 Hektar)
Nostagia Makmur Sdn Bhd ( 607 Hektar)
Orkid Bina Sdn Bhd (404 Hektar)
PKINK (809.3 Hektar)
Pusat Pembangunan Pondok Berhad (445.15 Hektar)
Rohbtar Sdn Bhd (607 Hektar)
Sindiyah Sdn Bhd (607 Hektar )
SKKPJ(Tanah Merah) Development Sdn Bhd (607 Hektar)
Success Target Sdn Bhd (202 Hektar)
Sumber Wira Sdn Bhd (202 Hektar )
Telda Corporation Sdn Bhd (486 Hektar)
Timber Master Smallholder Sdn Bhd (404.7 Hektar)
O.G.U.E Wood Sdn Bhd (404.7 Hektar
Virex Timber Industry Sdn Bhd (404.7 Hektar)
Yakin Kota Bharu (8,093 Hektar)
Yayasan Islam Kelantan (6130 Hektar)
Yunaland Dev Sdn Bhd (600 Hektar.
Ini lah syarikaT syarikat yang telah mendapat konsesi pembalakan dan pembersihan hutan untuk dijadikan sebagai Program yang dinamakan Ladang Rakyat Kelantan. Namun semuanya ditinggalkan begitu sahaja setelah hasil balak di rompak dan  menidakkan hak hak rakyat  Kelantan yang  berada diparas kemiskinan dimana memerlukan pembelaan.

Dengan jumlah keseluruhan sebanyak 63,422 ekar tanah yang telah digondolkan dimana meliputi 14 kawasan cadangan projek lading rakyat yang mana hanya  4,332 orang peserta daripada jumlah yang sebenarnya.

Inilah kerakusan Kerajaan PAS yang mana  melakukan penindasan terhadap rakyat atas nama bertopengkan Islam.Ya , Pelbagai rungutan yang telah dikemukakan oleh rakyat Kelantan terhadap penipuan ini, Namun apa kata  kukur , kelapa juga habis diparut. Secara Jelasnya Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan  telah merampas  tanah tanah kepunyaan rakyat atas nama pembangunan perladangan.

Rakyat hanya mampu melakukan tindakan dan keluar beramai ramai  melakukan protes dan mempertahankan tanah mereka dari dirampas oleh  orang politik yang berjubah alin tetapi  bernafsukan syaitan. Tindakan  memprotes ini berlaku di Kampung Miak dan Kuala Malligai.

Setelah rampasan tanah dilakukan oleh Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan, rakyat dizalimi dengan kejam dan tanpa sebarang pampasan diberikan, janji untuk membayar pampasan tidak ditunaikan oleh Perbadanan Ladang Rakyat dengan alasan yang tidak manusabah sama sekali iaitu selagi geran tidak diperolehi, selagi itu juga tanah tersebut menjadi hak milik  mereka.

Apa yang kita lihat sekarang, Perbadanan Ladang Rakyat Kelantan telah mempolitikkan nasib  golongan yang  miskin untuk kepentingan pemimpin politik didalam menguruskan isu menaiktaraf  kehidupan yang amat diharapkan oleh rakyat miskin. Secara jelas program Ladang Rakyat ini tidak seperti mana yang diharapkan ianya hanyalag retorik politik dan  untuk menunjukkan kepada masyarakat Melayu bahawa yang berjubah itu bukan semestinya jujur dan alim.

Masyarakat orang Asli juga menerima tamparan yang cukup meyedihkan dimana  sumber alam mereka dimana tempat mereka mencari binatang buruan kini sudah tinggal tunggul dan tanah lapang sahaja, Tanah tanah mereka dirampas oleh kerajaan  yang bertopengkan Islam, demi kepentingan politik dan kerakusan hawa nafsu.

Hanya sebanyak 4332  peserta sahaja yang dapat menikmati Ladang rakyat dari jumlah 63,422 ekar yang telah ditarah dan diambil hasil kayuan  untuk kepentingan syarikat syarikat yang dilantik dan menjana keuntungan besar dari hasil pembalakan,

Kerajaan BN dikatakan menzalimi  rakyat namun belum ada lagi cerita Ladang Rakyat dimana rakyat dipinggirkan dan dibiarkan setelah tanah tanh dirampas tanpa pampasan. Ini lah Kerajaan yang dikatakan Islam dan bersifat seperti Firaun yang menzalimi umat Islam.

Info RMF
 
Top