Hari ini 15.1.2015 atawa 15.1.15... suatu tarikh pernomboran yang nampak ada sedikit kelainan padanya, mungkin ada TUAH pada hari ini. Begitu juga dengan negeri Kelantan yang masih dalam suasana Kelainan. Apa Kelainan yang orang kedai kopi war-warkan? 

" Benci pun ada, Simpati pun ada...Entah lah "

Apa yang dibenci, apa yang disimpatikan? Kita dapatkan sumber dari Para Sukarelawan Misi Bencana Banjir dan media maya. Banyak kejadian Pelik bin Ajaib yang berlaku terutamanya di Manik Urai. Dalam berita RTM 1 ada menyatakan bahawa ada juga Sukarelawan yang mengalami masalah Tekanan Perasaan. 

facebooker Rezqeen Hill
Ini hanya contoh dari beribu luahan @ komen facebookers yang antara menyumbangkan tenaga sebagai sukarelawan. Pada hemat saya, mungkin Tekanan Perasaan yang dialami oleh Sukarelawan itu bukanlah terkesan sangat oleh visual sekeliling yang musnah tetapi tekanan sebenar ialah berpunca dari mengadap SIKAP mangsa banjir yang secara tidak langsung memberi kesan BENCI DALAM SIMPATI sekaligus memberi tekanan kepada sukarelawan. Sukarelawan2 ini adalah antara yang terawal sampai dalam pasca banjir. 

"Sukar juga untuk bayangkan realiti perasaan manusia yang terlibat 
kerana kita di hutan batu hanya melihat dari tv dan henfon apa 
yang terjadi di Hutan Kayu "- Mat Roni Kuala Besar

Ada satu cerita yang best yang nak dikongsi di sini tentang Bekalan Makanan HARAM yang tak dijamah penduduk, kerana takut. satu rombongan NGO dari Kedah Darul Aman telah mengadakan satu misi Banjir di Dabong, Kuala Krai. Sesampainya mereka di situ maka diturunkanlah bekalan makanan untuk mangsa-mangsa banjir di kawasan berkenaan. Apabila dikelui (loghat utara bermaksud panggil) maka  datanglah mangsa-mangsa banjir untuk ambil barangan. Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki berbadan besar dalam Lingkungan 5-6 orang dan menjerit "Jangey ambik barey tu HARAM !! " (Jangan ambil barang itu haram). Mereka berbahasa Melayu loghat Kelantan. Sekumpulan lelaki itu memakai baju di belakangnya tertulis UNIT AMAL... 

Sungguh rendah Kualiti Moral & Agama budak-budak hingusan pembawa ideologi parti ugama ini, begitu juga dengan penduduk yang taksub dengan pemimpin Parti agama mereka. Bapak borek anak rintik, Kalau pemimpin jenis suka bawa dan sebar Fitnah di pentas ceramah maka anak-anak buah pula suka bawa fitnah di jalanan. Tiada pelik....

"BABI pun halal kalu doh darurat takdok makanae "-  Deraman Wakaf Che yeh 

Manek urai, kita nak salahkan kerajaan kerana KPOP peluk anak dara kita, tapi kita BUTA MATA yang ramai orang kita lupa diri dan bongkak kerana mereka merasakan AGAMA ISLAM mereka lebih islamik dari orang negeri lain.... 
kan.....tak gitu? :d

Tidak mahu menyalahkan sesiapa, tapi fakta dari wikipedia kita takleh nak salahkan kerana perangai manusia di Manek Urai khasnya (Kelantan amnya) yang paling tentu ialah Kerajaan yang memerintah @ mentadbir dengan MULUT tidak berjaya membentuk masyarakat untuk faham dan amal apa itu SYUKUR DALAM MUSIBAH...

"DUN Manek Urai adalah kawasan politik 
tradisi PAS, kecuali tewas dua kali dalam 
tempoh 10 pilihanraya umum (1982 & 2004)" 


Anda bertanggungjawab terhadap Genetik anda ! 




- Editor Guano Boh -




 
Top