DALAM apa-apa pertikaian pun, akhirnya kita akan merujuk kembali kepada sejarah. Tidak kiralah apa isu pun, yang penting faktanya.Menyelusuri fakta-fakta sejarah itulah, satu rumusan perlu difikirkan 

apakah benar kerajaan Barisan Nasional (BN) telah ‘menganaktirikan’ Pas suatu ketika dulu. Atau adakah Pas sebenarnya yang ‘angkat kaki’ dari kerajaan BN pada 1977 ekoran ‘sifat tikam belakang’nya terhadap BN.

Di sini saya utarakan dahulu sedutan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada 9 Disember 1977 sempena Perjumpaan Ketua-ketua UMNO Bahagian di Dewan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur.

“Dalam pilihan raya tahun 1974, UMNO sebenarnya menghadapi kesulitan kerana terpaksa bertolak ansur dengan memberikan beberapa kerusi baru dan kerusi-kerusi tambahan kepada Pas. UMNO terpaksa berbuat demikian semata-mata dengan tujuan hendak mewujud dan mengekalkan semangat 
kerjasama UMNO dengan Pas demi kepentingan dan faedah rakyat.


Pucuk pimpinan Pas juga memberi amaran bahawa kononnya lima buah negeri di Semenanjung Malaysia akan menerima nasib seperti di Pulau Pinang.

Agaknya mereka merujuk kepada peristiwa pilihan raya tahun 1969 dahulu jika sekiranya Pas meninggalkan atau dikeluarkan daripada BN. Ugutan dan ancaman seperti ini merupakan satu provokasi yang merbahaya. UMNO mempunyai maruahnya sendiri. Kita sering kali juga mendengar desakan supaya pucuk pimpinan Pas mengkaji semula kedudukan Pas dalam BN.


Perkara ini dibangkitkan dalam tiap-tiap Perhimpunan Agung Pas selama tiga tahun berturut-turut setelah Pas menyertai gabungan besar ini.Penubuhan ranting-ranting Pas dalam kawasan-kawasan UMNO juga menimbulkan kecurigaan dan boleh membangkitkan salah faham di kalangan rakyat. Banyak lagi perbuatan dan tindakan pucuk pimpinan Pas yang meragukan.


Kita sentiasa berusaha dengan bersungguh-sungguh memelihara perpaduan BN. Tetapi bagaimanakah perpaduan dapat dikekalkan jika ada pihak yang tidak mahu mengikuti peraturan dan tidak mahu mematuhi keputusan yang dipersetujui oleh ramai. Perpaduan yang hanya ada pada nama sahaja tidak membawa erti apa-apa tidak berfaedah.



Ada dalam kalangan rakyat yang menginsafi fakta sebenar Pas dikeluarkan dari BN. Fakta ini merupakan kebenaran yang tidak seharusnya disenyapkan demi merungkai rasa benci dan menyampah pengikut dan penyokong Pas yang melulu terhadap BN khususnya UMNO.

Antara punca sebenar krisis Kelantan pada 1977 adalah daripada Pas sendiri. Malah di dalam portal Pas Pusat itu menyatakan ia bermula apabila timbulnya rasa tidak puas hati Pas terhadap Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Muhammad Nasir. Rakyat waktu itu tertanya-tanya mengapa pada tahun itu, pimpinan Pas melucutkan jawatan Muhammad sebagai Menteri Besar tanpa merujuk kepada Kerajaan Pusat terlebih dahulu.



Yang tidak diceritakan oleh PAS:

1... Ada diantara pemimpin PAS Kelantan memfitnah dan menuduh Datuk 
Muhamed bin Nasir terlalu mengikut telunjuk UMNO-BN. Hakikatnya pd 
ketika itu UMNO-BN tidak pernah campur tangan dlm corak pemerintahan 
PAS (ketika itu). Malah, sedangkan ketika itu keputusan pemerintahan 
PAS Kelantan masih ditangan kuasa majoriti dewan undangan negeri.

2... Malah pada ketika itu juga terdapat usaha dalam PAS utk menjatuhkan 
Presiden PAS (ketika itu) Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohd Asri bin Haji 
Muda. Usaha menjatuhkan Datuk Mohd Asri hanya kerana Datuk Mohd 
Asri adalah tokoh PAS yg bertanggungjawab membawa PAS menyertai 
Barisan Nasional pada tahun 1973.

3...Asas yg digunakan oleh sebahagian pemimpin PAS Kelantan (ketika 
itu) utk menolak Datuk Mohd Asri dan Dato' Muhammad Nasir, hanya 
kerana selepas PRU 1973, PAS mempunyai kuasa majoriti dgn 22 kerusi 
dan UMNO hanya 13 kerusi, dan tidak memerlukan sebarang usaha 
bergabung antara PAS dan UMNO.

4...Dalam tempoh (1973-1978) Datuk Mohd Asri selaku Presiden PAS dan 
Dato' Muhammad Nasir telah dikaitkan dengan pelbagai spekulasi dan 
masalah khususnya melibatkan Pas di Kelantan. Hakikatnya spekulasi dan 
tuduhan tersebut adalah hasil putar belit fakta sebahagian pemimpin dan 
ahli2 PAS yg tidak berpuashati dgn perpaduan PAS-UMNO.

5...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 dikatakan timbul hasil 
ketidakpuasan hati terhadap Menteri Besar, Dato'Haji Muhammad Nasir. 
Beliau dipecat sebagai MB Kelantan oleh Pucuk Pemimpin PAS Kelantan 
itu sendiri.

6...Sementara Datuk Mohd Asri mula ditendang keluar oleh Pucuk 
Pemimpin PAS Kelantan selepas PRU 1978, dengan desakan-desakan 
supaya beliau meletakkan jawatan selaku Yang Dipertua Agung PAS, 
desakan yang datang dari beberapa pimpinan Pas antaranya dengan 
Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat Haji Nik 
Abdul Aziz Nik Mat. Beliau akhirnya mengumumkan perletakan jawatan 
sebagai Yang Dipertua Agung PAS pada 23 Oktober 1982.

7...Krisis Kepimipinan PAS Kelantan 1977 ini yg membawa kepada undi 
tidak percaya kepada MB Kelantan pada 15 Oktober 1978. Apapun 
Kerajaan Pusat ketika itu menghormati keputusan yg dibuat oleh PAS 
Kelantan, atas dasar persefahaman dan tidak masuk campur dgn alasan yg 
diberi oleh PAS Kelantan itu dgn mendakwa perkara itu merupakan soal 
rumah tangga PAS.

8...Tumbangnya Dato' Muhammad Nasir akibat perebutan kuasa dalam 
PAS, telah menyebabkn berlakulah rusuhan yg dimulakan oleh penyokong 
Nasir di Kota Bharu. Rusuhan ini telah mengakibatkan kerosakkan harta 
benda, mengancam nyawa dan keselamatan rakyat dan juga mengancam 
keselamatan negeri Kelantan.

9...Seperti yang dinyatakan oleh Tun Hussein Onn didalam ucapan beliau 
pada 9 Disember 1977, selaku perdana menteri ketika itu, belau harus 
bertanggungjawab di atas keselamatan negara dan kebajikan rakyat, yang 
dikhuatiri rusuhan diKelantan mungkin akan merebak ke negeri2 lain, dan 
mengengkang rusuhan seperti peristiwa 13mei berulang.

10...Pada November 1977,Parlimen Persekutuan meluluskan rang undang-
undang darurat Kelantan yang meletakkan Kelantan ditadbir secara terus 
oleh Kerajaan Pusat.

11...Rang undang2 Darurat Kelantan dirangka bersama menteri2 PAS yg 
ketika itu masih lagi bersama-sama UMNO dalam jemaah Menteri. Dan 
diluluskan oleh Parlimen setelah mendapat persetujuan majoriti termasuk 
dr kalangan menteri PAS sendiri.

12...Setelah Kelantan dibawah Darurat. Datuk Mohd Asri menerima 
tekanan dari beberapa pimpinan Pas terutamanya Nik Aziz selaku 
Pesuruhjaya Pas Kelantan dan Ketua Dewan Ulama' Pas Pusat yg dari awal 
begitu lantang menetang gabungan PAS-BN.

13...Hasil dari desakan itu, Haji Hassan Adli Arshad selaku Timb. Yang 
DiPertua Agung PAS dijadikan kambing hitam PAS apabila beliau dipecat 
oleh Datuk Mohd Asri yg kononnya beliau menjadi ketua menteri2 PAS yg 
menyokong rang undang-undang Darurat.

14...Malah beberapa pimpinan Pas yg menentang gabungan PAS-UMNO 
ketika itu terutamanya Nik Aziz mula menunjukkan sikap memberontak 
dalam perikatan gabungan PAS-UMNO, menetang setiap arahan dan 
perlaksanaan kemajuan yg dilakukan BN di Kelantan.
15...Pemberontakan dalaman ini memungkin barah berlaku dalam BN, 
hasil ketiadaan disiplin pemimpin PAS ini, telah menyebabkan UMNO 
terpaksa membuka tali yg mengabungkan PAS-UMNO.

16...Rentetan dari itu juga menyebabkan Krisis dalaman PAS yang kepada 
perpecahan PAS pada beberapa parti serpihan seperti Berjasa dan Hamim.

17...Keluarnya PAS dari gabungan BN-UMNO, telah menyaksikan satu PRK 
Kelantan diadakan pada Mac 1978.

18...Pada PRK mac 1978, rakyat menjadi gempar setelah pekong yg selama 
ini disimpan oleh beberapa pimpinan Pas diantaranya Nik Aziz ketika itu 
terbongkar, apabila isu pemberian kontrak balak diberikan sewenang-
wenangnya membuktikan bahawa PAS cuba menggadaikan Negeri 
Kelantan.

Itulah antara puncanya Tun Hussein pada 1977 mengungkapkan luahan 
hatinya yang berkait secara langsung dengan tindakan biadab Pas tersebut. 
Pas "‘diceraikan"’ selepas tidak lagi memegang aspirasi kerjasama apabila 
berada dalam kerajaan BN.






http://gifgifs.com/optimizer/
- Editor Guano Boh -



 
Top