Sekapur Sirih...

Seringkali kita mendengar banyak rungutan dari kalangan rakyat yang menyatakan keperluan untuk mengumumkan status "DARURAT BENCANA" untuk negeri Kelantan seawal banjir di pertengahan Disember 2014. dan merebaknya banjir sehingga ke beberapa negeri lain.

Tetapi, adakah kita sebagai rakyat bertanya sejauh mana penguasaan rakyat itu sendiri tentang "Apa itu MKN", apa itu "PTO@SOP Banjir?" atau apa itu "Pengurusan Bencana Negeri @ Daerah" ?

Sememangnya menjadi adat manusia itu sendiri memberi komen menggunakan MULUT atau JARI adalah amat senang dan mudah, apatah lagi berada di alaf serba canggih dan materialistik ini. Sebaiknya setiap perkara yang hendak dibangkitkan atau dikomesialkan dalam laman sosial tentunya bersandarkan kepada Bukti atau Sumber yang sahih. Begitu pun, ada pihak yang masih memandang remeh sandaran-sandaran yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Majlis Keselamatan Negara dan agensi-agensi penguatkuasaan kerajaan yang lain.

FB saudara Mat Kamil Awang menerangkan tentang Carta pengurusan JPBD & JPBN
* JPBD = Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah 
* JPBN = Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri

Sedutan dari facebook saudara Mat Kamil Awang ini boleh dikategorikan sebagai satu pertimbangan wajar dari seorang warga rakyat yang faham akan keperluan berhujah bersandarkan fakta dan sumber yang sahih. Satu contoh yang baik bagi pengguna media maya Facebook.

Bagi mereka yang suka berhujah tidak bersandar itu ibarat "bersilat dengan bayang-bayang sendiri".Tiada lawan, tiada bukti. Seharusnya kita sebagai warganegara yang berfikiran positif wajib ada suatu sikap adil untuk menimbang secara waras apa yang disebarkan melalui media elektronik ataupun media massa.

JPBD dan JPBN dikuasai oleh KERAJAAN NEGERI... maka segala mak nenek di pusat pemindahan banjir adalah di bawah kuasa dan seliaan KERAJAAN NEGERI... dengan kata lain di bawah pengarushParti AGAMA. Jadi, setiap kedangkalan dan keributan di pusat2 ini adalah berpunca dan tanggungjawab PAS .... begitu juga dengan ISYTIHAR DARURAT BENCANA, (sila rujuk dalam MKN20 siapa yang sepatutnya CADANGkan kepada Perdana Menteri untuk isytihar darurat) mudah sahaja untuk difahami....

Tetapi rakyat tetap menghukum Kerajaan Barisan Nasional.... sangat tidak adil bagi orang yg WARAS

Sebaik mungkin kita sendiri sebagai rakyat wajib menguasai media terkini semaksima mungkin sebagai cara untuk mendapatkan maklumat terkini. Maklumat yang Sahih dari sumber yang Sahih.

Apa itu SOP Banjir ? Berapa ramaikah rakyat Malaysia yang mengetahu tentang SOP Banjir ? Dan berapa ramaikah rakyat Malaysiayang mengutuk mengeji dan menghina kerajaan sendiri tanpa mengetahui SOP Banjir ? Orang dulu-dulu kata "Tepuk Dada Tanya Selera".....


Sedikit informasi tentang SOP Banjir seperti dalam gambar di bawah.



Sila rujuk seterusnya di sini Arahan MKN No.20


Apa Istimewanya DARURAT ?

Saya memetik kata-kata Tun Hussein Onn dalam sidang dewan rakyat yang berlaku pada jam 7:30 malam, 8 November 1977. Dewan Rakyat pada masa itu membahaskan dan mengundi Rang Undang-Undang Kuasa-Kuasa Darurat (Kelantan) 1977 kerana Kelantan pada masa itu ada berlakunya pergolakan menentang Kepimpinan Menteri Besar.

"oleh pihak komunis, puak pelampau, anti-nasional dan anasir-anasir jahat yang akan mengancam keselamatan bukan sahaja di Negeri Kelantan bahkan di seluruh negara kita. Kemungkinan ini menjadi lebih serius disebabkan oleh sempadan bersama dengan Negeri Thai.

Kacau-bilau, tunjuk perasaan, rusuhan, bakar-membakar, pecah-memecah harta benda, berkumpul secara haram dan lain-lain perbuatan, adalah ekoran daripada undi tidak percaya ke atas Menteri besar.

Saya tidak mengemukakannya dengan sewenang-wenangnya. Saya mengemukakannya, dengan perasaan penuh tanggungjawab, dan dengan sebab-sebab yang tertentu dan yang tidak boleh dielakkan.

Saya sebagai seorang Ketua Kerajaan Pusat, memikul tanggungjawab yang amat berat, terutama mengenai keselamatan dan ketenteraman negara. Tanggungjawab saya berkenaan dengan perkara-perkara ini, tidak boleh dikompromi, walau apapun jadi kepada saya.

Inilah saatnya pada fikiran saya kita harus lebih mementingkan maruah bangsa, maruah umat Kelantan itu sendiri, lebih daripada yang lain-lainnya.

Tidak ada faedahnya dan makna kepada saya, jika kerana kepentingan politik, saya memejamkan mata dan memekakkan telinga, kepada terkorbannya nyawa, terutamanya darah dan musnahnya harta – bukan sahaja di Kelantan, harus juga merebak ke negeri-negeri lain – jika Rang Undang-undang ini tidak dikemukan dan diluluskan oleh dewan yang mulia ini."

Persoalannya SIAPA sebenarnya yang perlu mengisytiharkan DARURAT BENCANA ini?
Perdana Menteri kah? Atau Menteri Besar Kelantan kah?
Jika kita perhatikan kepada carta aliran di atas, dengan tidak perlu bersusah payah memerah Otak
mencari bahan untuk mengetahui jawapan....

Maka berfikirlah kepada mereka yang mahu berfikir....

Sekian




- Editor Guano Boh -






 
Top