PERTAMA : Apa yang gua sempat bentangkan ketika forum banjir anjuran SAMM dengan kerjasama Aktivis Kelantan (AK03), GCM dan NGO2 sekutu. Jumlah masa 12 minit.

1. Objek bahas ialah banjir. Tajuk khusus pembentangan gua ialah kadar banjir. Banjir memang wajib setiap tahun. Tapi catatan dan pengambilan data paras sungai meningkat setiap tahun (kadar). (Dokumen dan data dipaparkan).

2. Disember 2014, Kelantan menerima hujan luar biasa. Dalam keadaan sekiranya tiada hujan luar biasa ini pun paras sungai meningkat tahun demi tahun, inikan pula curahan hujan 3 kali ganda. Maka bencana berlaku. Pededahan Ketua Pengarah SPRM Kelantan ketika perjumpaan, 25 kematian.

3. Pelik dan persoalannya, mengapa sungai hulu (tinggi) gagal mengalirkan air segera ke sungai hilir (rendah)? Sehari selepas Kuala Krai dan Gua Musang (hulu) banjir, barulah Kota Bharu, Tumpat pula banjir (hilir). Hulu Kelantan musnah kerana banjir berarus. Hilir Kelantan lumpuh kerana air naik tepu dengan laut.

4. Maka di sinilah pembentangannya. Disertakan data dan gambarajah sokongan. Utamanya ialah pemanasan global. Pembalakan, penukaran status hutan ke ladang; oleh Kelantan, Malaysia dan seluruh dunia menyebabkan bumi panas. Kawasan beku bumi mencair menyebabkan air laut tinggi. Panas menyebabkan lebih serapan air ke awan untuk hujan lebih banyak. Sebahagian air awan tidak lagi turun sebagai salji, tetapi sebagai hujan.

5. Sekarang khusus bab Kelantan. Mengapa hulu gagal alirkan air ke hilir? Tajuk utama ialah pembalakan.

i. Pembalakan, pembukaan tanah tanpa kawalan proses, (ketika pembalakan dan ketika pembukaan tanah itu), telah menyebabkan air hujan bulanan mencetekkan sungai2 hulu. Bulan2 sebelum Disember 2014.

ii. Air permukaan gunung-bukit mengalir laju ke sungai hulu tanpa kawasan 'tadahan dan serapan' hujan. Ibaratnya curah segelas air ke permukaan meja condong, maka segelas air itu juga akan terus jatuh ke lantai serta-merta. Jika ada kain (pokok, timbunan daun reput, rumput, etc), segelas air tadi akan diserap sebahagiannya. Sebahagiannya turun ke lantai. Yang turun ke lantai itulah sempat ke hilir sebelum serapan tadi menitis secara perlahan2. Sila baca dengan perlahan dan berulang2, terutama ulama hafal.

iii. Sampah sarap hutan dan manusia menyekat pembentong, jambatan, longkang dan sebagainya di penempatan hulu. Menyebabkan kelancaran air ke hilir tersekat. Hulu menerima banjir berarus, berlumpur, bersampah.

6. Mengapa kadar meningkat selain direct kepada alam? Tajuk utamanya ialah tidak cerdik fahaman ideologi. Berikut adalah pembentangannya.
i. Kelantan mempunyai masalah kebersihan kerana kegagalan ekonomi PBT (membiayai pengurusan kebersihan) selain penduduknya yang rendah mentaliti kebersihan. Baru2 ini, Kelantan berputus asa dan bercadang menyerahkan kedaulatan PBT kepada Alam Flora melalui Akta 670. Menyamai tindakan MB Kelantan (dari PAS ketika UG dengan UMNO), menyerahkan laut Kelantan ke Petronas tahun 1975.

ii. Selama 20 tahun pemerintahan ulama, Kelantan gagal dari terus bergantung dengan ekonomi balak. Belanjawan tahunan sejak 20 tahun dahulu hanya sekitar 400 juta (menyamai pendapatan PBT Selangor dan Penang), dengan 20% darinya dari balak. Kelantan patut malu kepada Al-Arqam tanpa kerajaan dan tanpa balak yang menerajui ekonomi penghasilan produk sehinggakan laporan ketika diharamkan, kumpulan itu menjana 500 juta setahun dalam ekonominya, tanpa pinjaman bank. Begitu juga Singapura yang kaya hasil produk + pakej semula tanpa bergantung sumber alam.

iii. Kelantan tidak cerdik ideologi (hanya mendakwa mereka Islam, Islamlah yang benar. Sedangkan semua kumpulan berperang dan berbunuh hari ini, termasuk Muawiyah sokongan Aisyah ra dan Ali juga masing2 mendakwa pihaknya Islam). Bijih, mineral, balak dijual secara bentuk pertama. Sedangkan jika dijual dalam bentuk kedua (jongkong, gred, kayu potong), nilainya lebih mahal. Bermakna, perlombongan / pembalakan minima, tetapi pendapatan untuk rakyat maksima.

iv. Rundingan terus balak kerana mahu memastikan pendapatan balak masuk ke kantung politik atas nama tuhan dan nabi. Rundingan terus bermakna pendapatan balak terbahagi 3. Pertama syarikat ulama atau kroni, kedua tabung politik dan ketiga barulah pendapatan negeri. Ini bermaksud maksimum tebangan balak / perlombongan mineral, minimun pendapatan negeri. Maksimum bencana. (Dokumen konsesi disertakan).

7. Turut menyumbang punca ialah diskriminasi oleh kerajaan pusat terhadap Kelantan. Agensi pusat seperti JPS, JKR, Petronas, RMK, Royalti, pasarana awam dan sebagainya.

KEDUA : Apa yang tak sempat dibentangkan kerana masa tak cukup ialah bencana, balak dan hudud.

1. Rakyat miskin curi kereta bernilai 40 ribu. Kemudian menjual di sindiket alat ganti 3 ribu. Ianya jenayah. Dengan bukti sahih, hudud potong tangan.
Nilai kerugian : 40 ribu

Jumlah mangsa : 1 pemilik kereta
Nilai pendapatan pencuri : 3 ribu
Hukum : Potong tangan

2. Ulama, politikis dan kerabat runding terus balak / mineral bernilai 60 juta. Kemudiannya agihkan kepada 3. Syarikat pelaku, parti nabi dan tuhan, negeri. Dengan undang2 yang sendiri buat, ianya dinamakan perniagaan.

Nilai kerugian : 60 juta
Jumlah mangsa : 1.5 juta populasi Kelantan
Nilai pendapatan pencuri : 20 juta
Hukum : Perniagaan berpahala dan syurga pakej bidadari.


]

Membangun Bersama Islam :-) 



 
Top