Tulisan tangan je?? takde komputer ke MAIK...


Pagi ini heboh di pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) ramai rakyat berhimpun untuk dapatkan borang bantuan banjir yang telah di umumkan oleh Tuanku Al-Sultan berjumlah RM32 juta. Bantuan itu diumumkan secara serta-merta. 

Mengikut cerita beberapa orang di situ mereka mendapat maklumat dari rakan sekampung bahawa perlu ambil borang di MAIK. Maka ramailah mangsa2 banjir yang datang secara mengejut. Dan apabila sampai di sana borang sudah habis. 

Lagi pula masaalah timbul apabila pegawai MAIK mengarahkan semua yang ada untuk pergi dapatkan borang di Pejabat Tanah dan Jajahan masing-masing. Dah la dari jauh pergi ke MAIK, kena tendang pula ke Pejabat Tanah....

Kesian rakyat Kelantan dibuat seperti BOLA....
Mentang-mentang la rakyat Kelantan peminat BOLA nombor 1 Asia... hihi

Biarkan LUNCAI DENGAN LABUnya.....

:-)













- Samad, Said & Wok Yoh -


 
Top