Saya mencadangkan supaya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ditubuhkan untuk tujuan-tujuan yang berikut:-

1. Menyiasat secara terperinci sebab-sebab berlakunya Banjir Luar Biasa di negeri Kelantan yang mengakibatkan Kematian, Kerosakan harta awam dan persendirian, Kerugian berbillion Ringgit akibat banjir luar biasa dan gangguan emosi mangsa-mangsa banjir seluruh di Kelantan.

2. Menyiasat Individu-individu yang terlibat di dalam pemberian kontrak balak, kontrak penebangan hutan, pemusnahan dan pencerobohan kawasan tadahan hujan. Siasatan perlu dijalankan melibatkan prosedur kontrak sama ada dipatuhi atau berlakunya perlanggaran.

3. Menyiasat kes penggondolan hutan secara luar biasa yang mengakibatkan kerosakan ekosistem dan sistem saliran air bawah tanah dan sistem saliran sungai, seterusnya menjadi punca utama Banjir Luar Biasa di Kelantan.


RASIONAL

Pelbagai pihak khususnya rakyat jelata heboh memperkatakan mengenai penggondolan hutan-hutan di negeri Kelantan dalam skala yang besar dan sangat luar biasa. Malaysiakini telah berjaya menunjukkan gambaran yang jelas di sini

Jalan penyelesaiannya ialah, tubuhkanlah Suruhanjaya DiRaja.

Kita bimbang jika tidak ditangani, banjir pada tahun hadapan akan lebih buruk lagi setelah kemusnahan hutan-hutan tersebut yang melampau-lampau tanpa adanya pemulihan, pemuliharaan dan tanam semula.

Dengan adanya Suruhanjaya Siasatan DiRaja ini, maka tindakan susulan seperti pemuliharaan hutan dan penanaman semula boleh diambil hasil daripada laporan suruhanjaya tersebut.


- Deen Qassim
 
Top