IPOH 22 Jan. - Seorang lelaki rentung manakala rakannya cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Kilometer 254.7, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.

Mangsa yang terbunuh ialah Joeri Ramli, 34, manakala rakannya yang cedera ialah Muhammad Nasrullah Abd. Ghaffar, 29.

Kemalangan kira-kira pukul 9.15 pagi itu melibatkan kereta Honda Civic yang dinaiki mangsa dan treler membawa muatan sisa bijih timah.
Jurucakap bomba berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kemalangan itu pada pukul 9.26 pagi.Lihat VIDEO dibawah.




- Awang Selamat -


 
Top