Pagi tadi meronda-ronda cari sesuatu di Baazar Mingguan @ Pasar Tani dalam bandar Kota bharu.Kelolaan kerajaan Negeri Kelantan. Setiap Jumaat dari pagi sampai tengahari. Aktiviti seperti biasa Ceramah Agama dan Jualan dari penjaja-penjaja sekitar Kota Bharu. Tidak berminat untuk dengar ceramah kerana biasanya disulami fitnah dan digaul bersama fakta mengarut yang direka untuk pendengar yang ekstrim.


Kelantan, adalah satu-satunya negeri dibawah pemerintahan PAS sejak 23 tahun yang lalu. Antara konsep utama yang diwar-warkan kepada rakyat Kelantan ialah "Negeri Islam" dan "Negara Berkebajikan". Sejauh mana wejangan ini menjadi amalan dan darah daging rakyat? Musti otak kita beranggapan di negeri ini banyak kebanjikan berbanding negeri lain.

Dalam suasana berdebu dan Kering sekarang ni kita boleh lihat masih ramai lagi rakyat Kelantan yang tidak cakna kepada persekitaran dan Kesihatan diri. Jarang sangat dilihat memakai penutup muka (face mask), Gerai dengan makanan yang tidak tertutup, peminta sedekah, Sampah dan lambakan Sampah Masyarakat seperti Mat Rempit. Menutup hidung dan mulut dari DEBU BANJIR mungkin suatu yang remeh bagi orang-orang yang mendukung fahaman WAJIB HUDUD. Tetapi sebagai seorang muslim "kewarasan" mestilah hadir dalam setiap aktiviti kita seharian. Mereka yang konon merasakan lebih Islam dari orang Islam negeri lain seharusnya boleh menilai mana lebih penting antara Topeng Penutup Muka dan Kopiah.


"Musim bedebu nih kena tutup sokmo makenae, takut kena nyakit" 
- Mek Esah Bachok 


Nah!! Makanan pun wajib ditutup ! inikan pula hidung dan mulut yang menjadi pintu masuk oksigen ke dalam tubuh badan kita. Berdosa rasanya kita ini jika kita tidak menahan debu dari masuk ke dalam badan kita. tak gitu boh?

Negeri Islam bermaksud rakyatnya Islam dan mengamalkan ajaran Islam. Dari sekecil-kecil perbuatan sehingga sebesar-besar perbuatan. Dari sekecil-kecil rakyat sehingga sebesar-besar pemerintah negeri. Bukan skop kami untuk membincangkan Pemerintah negara kerana kami di guanoboh.com lebih cakna tentang negeri kami yang dicintai...ko guano boh??
                   :d

Pengemis atau peminta sedekah, suatu pemandangan biasa di kawasan Pasar tani ini.  Adakah konsep negeri Islam itu bermaksud kerajaan negeri boleh membiarkan atau mengabaikan sahaja pengemis ini? Dimana contoh negara berkebajikan yang diwar-warkan selama ini?? Adakah pengemis ini suatu sindiket yang dihalalkan?? Bukankah Islam itu menjaga Kebajikan rakyatnya baik yang muslim atau yang bukan muslim?. ke mana perginya fungsi majlis yang berkaitan? Setahu saya Wang Zakat itu ada HAK nya bagi orang-orang bukan Islam yang ada NIAT UNTUK BELAJAR AGAMA ISLAM.... Apatah lagi kita ini yang sedari dulu hadir sahaja ke dunia adalah sebagai seorang Islam lebih lah lagi keistimewaannya berbanding bukan Islam.

Kalau Pengemis pun kita tak boleh nak urus tadbir dengan baik tak perlulah kita nak canang tentang negara berkebajikan....belum lagi berdendang tentang masalah bekalan AIR, peluang kerja yang tiada, Parking...  23 tahun mentadbir sepatutnya sudah SIFAR PENGEMIS negeri Kelantan ini, Lebih maju dari Negeri2 Islam yang lain. Tapi, Mencari alasan dan menyalahkan orang lain dalam bab ini memang mudah, harapnya rakyat boleh buka MATA HATI tentangnya....


"Rasulullah s.a.w. peritoh tanoh arab 25 tahun takdok 
ore miskin mitok sedekoh, tak layok terima zakat
- ustaz Mat pengkalan Chepa


Apa yang kerajaan negeri buat kepada rakyat negeri ini saya pun tak reti nak olah. cuma saya nampak satu sahaja yang rakyat tahu luahkan ialah "benci kerajaan pusat kerana kerajaan pusat zalim"... Allah taala itu tuhan yang satu, bermaksud DIA mengajar kita tentang satu sahaja perkara yang dia mahu yaitu BAIK. Dan mengajar orang membenci kerajaan pusat itu bukanlah satu cara yang BAIK...


"Memang lah, Lebih mudah Mentadbir guna MULUT berbanding guna OTAK   :-) "







- Editor Guano Boh -

 
Top