KUALA LUMPUR – Maybank tidak memaparkan nama Tabung Kemanusiaan Pemuda pada skrin komputer semasa orang ramai mahu memberi sumbangan kepada mangsa banjir melalui Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menggunakan mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

Ketua DPPM, Suhaizan Kayat mendakwa, situasi itu menyebabkan ramai orang keliru sama ada mereka akan memasukkan wang sumbangan ke dalam akaun yang betul untuk disalurkan kepada tabung bantuan berkenaan.

“Ada membangkitkan isu kenapa apabila semak dalam maybank2you dan ATM bukan Tabung Kemanusiaan Pemuda yang dipaparkan sebaliknya Parti Islam Semalaysia yang keluar.

“Apakah dana ini bercampur dgn kewangan operasi pemuda? Apakah pemuda menipu?,’ persoalan yang ditimbulkan oleh Suhaizan sendiri.
 
Top