Rata-rata masyarakat kedai kopi sekitar negeri masih bersembang tentang Banjir, Banjir dan Banjir. Segenap perbualan dan Isi mesti dikaitkan dengan Banjir Bah Kuning. Begitu juga dengan Media maya.Tidak terlepas mereka yang di saf Kepimpinan Negara dan kepimpinan Negeri.

Apa yang diperbincangkan di kedai kopi biasanya berkisar tentang Banjir dan Pasca Banjir. Pasca Banjir adalah satu tempoh yang amat memenatkan berbanding tempoh masa banjir itu sendiri. Kepelbagaian masalah timbul dalam tempoh Pasca Banjir. Air, Elektrik, Bahan Api dan macam-macam lagi keperluan...

Orang kedai kopi kata "Masa ni lah kita nak tengok siapa Pemimpin kita"...
Orang kedai kopi kata "Masa ni lah kita nak tengok siapa Kawan kita".... 
Orang kedai kopi kata "Masa ni lah kita nak tengok siapa Saudara kita"...

Tapi, suatu kelemahan Orang kedai Kopi hanyalah pandai memberi dan meluahkan persoalan...Tentang "TENGOK" dan "SIAPA" itu mungkin kurang kefahaman dan cakna di pihak Orang kedai kopi...Sejauhmana Orang kedai kopi faham akan prosedur Kerajaan, Prosedur Kepartian, PTO @ SOP dan lain-lain, kita pun tidak tahu....

Islam, perkara yang paling utama nombor wahid syarat untuk beriman mestilah WARAS

Malah dengan "Quality Minda" masyarakat yang telah diasuh untuk sentiasa menghentam memaki menghina kerajaan telah menyebabkan kewarasan berfikir masyarakat itu sendiri terhakis...


Apa itu 3B ? 


B nombor 1 ... 
BALAK.

Heboh sana sini hujah punca & Penyebab Banjir adalah dari PEMBALAKAN. berkalut ribut di pihak kerajaan negeri memberi alasan BALAK bukan penyebab Banjir. Boleh dilihat dan dibaca dalam media maya, berserabut berita Banjir ibarat kekalutan mangsa banjir di alam bukan maya..

Kita merasakan faktor banjir ini tidak perlu difikir banyak, melainkan bagi mereka yang tidak tamat persekolahan atawa mereka yang suka ponteng sekolah masa zaman persekolahan.

Mudah saja jawapannya, saperti dibawah :-





B nombor 2 ... 
BANJIR


Apabila Ketiadaan BALAK di hutan (sebagai tadahan hujan) pada kadar yang sangat-sangat banyak, maka Air Hujan pada skala besar yang bertakung di Hulu Gua Musang itu akan bercampur dengan SELUT/LUMPUR dan turun ke hiliran sebagai air banjir tersohor yaitu BAH KUNING. Apabila kuantiti air yang terlebih banyak dari kadar musimnya maka kesannya akan LEBIH dari biasa.... Dari mana SELUT/LUMPUR itu ???

dari atas langit kot.... :-)





B nombor 3... 
BALA

Kita sedia maklum bahawa bencana banjir ini boleh dikatakan sebagai satu TSUNAMI DARAT mengikut hebahan dari Orang kedai Kopi dan masyarakat sekitar.. ya, boleh juga begitu. TSUNAMI atau BAH KUNING atau BANJIR LUMPUR .... Maka Kesan yang luar dari kebiasaannya adalah amat perit sekali. Ramai yang mengakui ini adalah BALA dan pengajaran dari Allah taala...

Lihat lah dengan MATA HATI ....









emmm...Guano boh?






























- Editor Guano Boh -

 
Top