Kelmarin PPIM mengadakan sidang media susulan tersebar video siri "Membongkar Sisi Gelap McDonalds Malaysia Part I".

Mungkin ramai terlepas isu yang didedahkan berkaitan McDonalds Malaysia.

Kronologi ringkas mengenai video sisi gelap McDonalds Malaysia.

14 JANUARI.

Video "Membongkar Sisi Gelap McDonalds Malaysia Part I" mula disiarkan oleh aktivis media sosial Yuseri Yusoff.

Dalam video tersebut ada dipaparkan tiga kesalahan yang McDonalds Malaysia yang jelas melanggar Akta Francais 1998 selain mempersoalkan KPDNHEP dan PPIM.

Link :
https://www.facebook.com/yuseriyusoff/videos/2100062693385927/

15 JANUARI.

Satu video intro atau teaser "Membongkar Sisi Gelap McDonalds Malaysia" disiarkan di laman Facebook Yuseri Yusoff.

Video tersebut memberi bayangan isu lebih panas bagi episod kedua membabitkan soal penipuan, penindasan, wrongfull termination, one sided agreement, occupancy rent, LGBT dan RMCH.

Link :
https://www.facebook.com/yuseriyusoff/videos/2101597293232467/

17 JANUARI.

8.00 pagi - Yuseri Yusoff menyiarkan video "Extremely Urgent" sebagai mesej kepada McDonalds Malaysia setelah menerima satu surat daripada pihak peguam yang mewakili McDonalds Malaysia.

Apa yang menariknya video itu memaparkan aksinya sedang menikmati Smoky Grill Beef serta dirakam di outlet McDonalds Malaysia.

Link :
https://www.facebook.com/yuseriyusoff/videos/2103940809664782/

12.00 tgh - PPIM mengadakan satu sidang media mengesahkan mereka ada menerima aduan tetapi tidak mampu membantu buat apa-apa kerana kes besar dan perlu campur tangan pihak kementerian berkaitan.

PPIM menafikan dakwaan "kawtim" dengan McDonalds Malaysia bagi menutup kes dan aduan oleh Francaisee ke atas McDonalds Malaysia.


McDonald’s “Kawtim” Dengan PPIM Supaya Tutup Kes? Awal minggu ini telah tular sebuah video di laman sosial Facebook yang berjudul "Bongkar: Membongkar Sisi Gelap McDonald’s Malaysia - Part I" yang mendakwa mempunyai bukti-bukti bahawa McDonald’s Malaysiamendiskriminasi para francaisi serta melanggar Akta Francais 1998. Dalam video tersebut, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) juga telah dituduh menerima wang sogokan daripada McDonald’s Malaysia untuk menutup aduan yang diterima kerana tiada sebarang tindakan diambil keatas syarikat gergasi makanan segera itu. Persoalan dan tuduhan yang dilemparkan telah mencalarkan imej dan integriti PPIM yang selama ini tidak pernah berkompromi dalam memperjuangkan hak-hak pengguna.
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Wednesday, 16 January 2019


Utusan Malaysia :
http://www.utusan.com.my/berita/nasional/ppim-nafi-dakwaan-kawtim-terima-wang-sogokan-1.824211

Sinar Harian :
https://www.sinarharian.com.my/article/8058/BERITA/Nasional/PPIM-nafi-terima-sogokan-duit-tutup-aduan


18 JANUARI

Yuseri Yusoff mengeluarkan posting draft surat yang dihantar kepada peguam McDonalds Malaysia.

Di mana dia bertegas dan mempertahankan pendedahan berkaitan McDonalds Malaysia dan sama sekali tidak akan memohon maaf kerana mempunyai bukti kukuh di sebalik tuduhan yang dibuat.




Difahamkan setakat ini McDonalds Malaysia dan kementerian berkaitan belum tampil dan menjawab isu yang dibangkitkan.

Untuk rekod, tiga tahun yang lalu McDonalds Malaysia diboikot besar-besaran kerana isu memberi dana kepada Yahudi Zionis.

Adakah perkara yang bakal didedahkan nanti membabitkan penindasan dan penganiayaan McDonalds Malaysia terhadap Francaisee akan membangkitkan satu momentum untuk pelanggan kembali memboikot McDonalds?
 
Top