SHAH ALAM - Aplikasi pesanan mesej seperti Whatsapps, Wechat sudah biasa di pendengaran masyarakat kita, kini muncul sebuah aplikasi pesanan mesej bercirikan negeri Kelantan iaitu WhatGapo Mesengger.

WhatGapo merupakan satu aplikasi pesanan mesej yang menggunakan platform Telegram dan dibangunkan untuk tujuan keseronokan semata-mata dan bercirikan negeri Kelantan.

Selepas memuat turun aplikasi ini, WhatGapo secara automatik menambah rakan anda di dalam list Telegram ke dalam list WhatGapo.

Tinjauan di Google Play mendapati aplikasi ini telah dimuat turun oleh hampir 10,000 pengguna.
 
Top