Sejak hari Ahad yang lalu, meriah dengan pelbagai gambar anak anak ke sekolah. Baik yang menyambung persekolahan mahupun yang baru mula memasuki alam persekolahan. Seronok kami melihat karenah dan telatah anak anak terutama yang baru pertama kali memasuki alam persekolahan.


Namun hati kami sedikit terusik apabila terpandang gambar gambar persekolahan di negeri Kelantan yang baru baru ini dilanda bencana banjir. Beberapa keping gambar di bawah sudah cukup membayangkan betapa sukarnya keadaan persekolahan di sana. Tapi kami salute kepada pelajar pelajar di sana yang walaupun serba kekurangan semangat mereka untuk ke sekolah tidak pernah luntur.

Sampah sarap memenuhi bangunan sekolah
Keadaan pintu masuk salah sebuah sekolah di Kelantan
Dua orang pelajar berjalan melalui lumpur tebal di hadapan sebuah sekolah
Murid murid hanya berdiri dalam bilik darjah yang rosak akibat bencana banjir
Gotong-royong membersihkan kawasan sekolah
Kasih ayah, seorang ayah kelihatan mendukung dua orang anaknya melalui jalan yang berlumpur
keadaan-sekolah-kelantan-3
Perhimpunan Pagi hari pertama persekolahan 2015
Keadaan bilik darjah yang belum dipulihkan sepenuhnya
Walaupun keadaan sekolah rosak teruk, pelajar pelajar ini masih bersemangat datang untuk memulihkan sekolah mereka
Pelajar hadir ke sekolah tanpa pakaian seragam

- Awang Selamat -
 
Top