Sistem telekomunikasi di pantai timur yang terjejas akibat banjir di jangka kembali pulih selewat lewatnya Jumaat ini. Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, ketika ini, hanya 22 peratus kerja pembaikan masih dijalankan di beberapa kawasan di Kelantan. Menurutnya sistem telekomunikasi di Terengganu yang turut terjejas bagaimanapun sudah pulih sepenuhnya. Kementeriannya akan membentangkan rancangan pelan sokongan terutamanya mengenai hubungan telekomunikasi ke kabinet untuk negara lebih bersedia hadapi bencana pada masa hadapan. Tambah beliau Malaysia juga memerlukan sistem kecemasan bencana dalam meningkatkan kecekapan pengurusan bencana. Terdahulu, Datuk Seri Ahmad Shabery menghadiri pelancaran Portal Komuniti E-Bantuan Banjir Perbadanan Pembangunan Multimedia, MDEC di Cyberjaya. -
 
Top