Hari ini (2 Februari 2015) genap 40 hari pasca Bah Kuning membadai Kelantan. Hari ini bermulalah tuntutan dan desakan dari rakyat..Hari ini Menteri Besar Kelantan harus menyatakan PERMOHONAN MAAF kepada SELURUH RAKYAT KELANTAN diatas segala tindakan yang diambil (berkaitan aktiviti pembalakan, penerokaan hutan simpan dan kawasan tadahan hujan) oleh Kerajaan Kelantan sehinggalah berlakunya Bah Kuning yang meranapkan jiwa dan harapan rakyat.

Bah Kuning yang melanda 40 hari yang lepas adalah rekod baru yang berjaya memadamkan rekod Bah Merah dan Bah Besar yang berlaku pada tahun 1927 dan 1967. Bah Kuning kali ini ditafsirkan menelan kerugian secara keseluruhan berbilion ringgit yang dialami oleh orang perseorangan, peniaga dan kerajaan yang melibatkan kerugian harta benda, tanaman, ternakan, kediaman, perniagaan, premis kedai dan premis perniagaan, semuanya musnah.

Bah Kuning ini melibatkan 80 peratus kawasan di Kelantan ditenggelami Air Bah bercampur selut.

Kadar trauma dalam dikalangan rakyat yang terlibat teruk adalah tinggi sekali.

Setelah 40 hari berlalu rakyat mula bangkit mencari punca berlakunya Bah Kuning. Persoalan yang disimpan di benak rakyat sedikit demi sedikit dikeluarkan. Antaranya persoalan "Dari mana datangnya selut bukit setinggi hampir sekaki malah sehingga 3 kaki setelah banjir surut?..Lantas Rakyat percaya Selut Bukit ini datang dari kawasan Bukit Bukau di Ulu Kelantan berikutan banyak kawasan diteroka dan "diterangkan" untuk keluarkan Balak.

Persoalan kedua mengenai paras air selut yang tinggi dan deras- Air datang dari mana? Rakyat akui hujan lebat dan rakyat sedar air  Kuning yang deras membadai Kelantan laksana Tsunami Daratan datang dari Ulu Kelantan yang mana kawasan itu bukit-bukit digondol. 

Bah Kuning adalah malapetaka buatan Tangan Kerajaan Kelantan. Bah Kuning mengganas ke jajahan Kuala Krai, gabungan air dari tiga sungai iaitu Sungai Lebir, Sungai Nenggiri dan Sungai Galas bercantum di Kemubu Kuala Krai seterusnya membentu seolah satu Tasik Selut sehingga ada kawasan Tasik Selut ini setinggi tingkat 3 bangunan Sekolah Kebangsaan Manik Urai Lama.

Antara faktor berlakunya Bah Kuning yang teruk ini ialah penebangan balak dan penggondolan bukit dalam skala yang besar di Ulu Kelantan.

Pembalakan Halal dan Haram ini menyumbang kepada hakisan tanah serta mengakibatkan sungai menjadi cetek.

Apabila tiada pokok Balak untuk memegang tanah maka berlakulah runtuhan tanah lantas air akan turun bersama tanah selut membadai 80 peratus kawasan di Kelantan.

Kerajaan Kelantan WAJIB bertanggung jawab keatas tindakan meluluskan lesen pembalakan, kegagalan mengawal pembalakan Haram dan kegagalan menghalang anasir menceroboh kawasan tadahan hujan di Ulu Kelantan.

Sehubungan dengan itu Hari ini (2 Februari 2015) genap 40 hari pasca Bah Kuning membadai Kelantan. Hari ini bermulalah tuntutan dan desakan dari rakyat..Hari ini Menteri Besar Kelantan harus menyatakan PERMOHONAN MAAF kepada SELURUH RAKYAT KELANTAN diatas segala tindakan yang diambil (berkaitan aktiviti pembalakan, penerokaan hutan simpan dan kawasan tadahan hujan) oleh Kerajaan Kelantan sehinggalah berlakunya Bah Kuning yang meranapkan jiwa dan harapan rakyat.


Deen Qassim
Gerakan Kelantan Berhijrah



 
Top