Mari kita bercerita tentang siapa IKON yang layak menjadi pengganti TGNA di negeri Kelantan....
Hari ini sudah 10 hari kematian TGNA. Rata-rata di kedai kopi sekitar negeri Kelantan bercerita tentang SIAPA yang layak untuk menggantikan TGNA.

Dato Mohd Yaakob, Menteri Besar Kelantan
Kalau tanya orang PAS sendiri pun ramai dikalangan jemaah PAS negeri yang tidak berapa senang dengan YB Menteri Besar ini. Terutamanya dari kumpulan NGO PASMA Kelantan dan NGO PASMA Malaysia. Di katakan mereka ini sangat "meluat" dengan MB sekarang kerana tindakan MB menghentam PASMA Kelantan dalam usaha membina rumah sementara mangsa banjir di pasir tumbuh, Gua Musang.


Dato Nik Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan.
Banyak bercakap dari bekerja. diakui sendiri oleh ahli-ahli  PAS veteren bahawasanya TMB ni suka dan ketagih kepada "mikrofon" sahaja. Cakap-cakap mengatakan TMB adalah Tok Dalang bagi MB Kelantan yang "senyap-sunyi" dalam segala hal. Pihak PASMA Negeri Kelantan sangat tidak bersetuju dengan Kenyataan TMB sehari dua ini yang menyatakan "ahli PAS yang sokong pasma adalah GILA".Sangat berat tuduhan ini untuk ahli PAS dan PASMA.

YB Nik Muhammad Abduh ADUN Pasir Mas
Sangat muda dan sangat Kurang Pengalaman dalam Politik walaupun ayahnya adalah mantan Mursyidul Am PAS Malaysia. Banyak membuat kenyataan/status di facebook yang mengecewakan pengikut-pengikut parti PAS sendiri. Dia lebih bersifat "UG" dari arwah ayahnya. Dan sudah pasti golongan Veteren yang menganggotai PASMA Kelantan akan menentang habis-habisan apa sahaja usaha untuk penyatuan PAS & UMNO.

Dari satu sudut pengurusan Pentadbiran negeri/parlimen, jelas ketiga-tiga mereka tiadalah KUALITI untuk menggantikan TGNA. Apatah lagi dari sudut Ilmu Agama. TGNA sendiri pun tidak dapat menyerlahkan kelebihan dalam bidang pentadbiran parlimennya sendiri. Tengok saja kawasan Parlimen Pengkalan Chepa. Apa yang BAHARU dibangunkan? kemunduran di Kawasan Perindustrian Padang tembak. Pembaikian Jalanraya negeri... masih ditakuk lama.

Sememangnya PAS tidak ada calon yang sesuai untuk menggantikan TGNA. Mungkin juga kerana usaha keras TGNA "mentaksubkan" parti dan peribadi di sepanjang perkhidmatannya menyebabkan masyarakat menjadi TAKUT untuk menegur tentang kekurangan di Parlimen pengkalan Chepa. 24 tahun bukan satu masa yang singkat.

Bermacam ragam masaalah yang disembunyikan oleh rakyat Kelantan. yang peliknya tiada pun mereka2 yang menyalak laung bagai atas nama "KUASA RAKYAT" yang sanggup berdepan dengan kerajaan negeri dan menghamburkan masaalah-masaalah rakyat kepada Kerajaan Islam PAS. Adakah mereka hanya pandai berdemo huha-huha seperti beruk kena belacan dan selepas itu keadaan pulang balik  seperti sediakala.

Rakyat kelantan mesti #BERHIJRAH

Bersambung......




 
Top