1. Bagaimana seorang Peliwat boleh memohon pengampunan? Ia akan menjadi "Bad Precedent" terutama kalau diampunkan. Bayangkan selepas ini ramailah peliwat dan perogol akan memohon pengampunan daripada Tuanku Yang Dipertuan Agong.

2.  Anwar ternyata seorang yang bacul kerana biasanya mereka yang menerima hukuman gantung atau penjara seumur hidup sahaja yang memohon pengampunan. Setakat 5 tahun pun nak minta pengampunan ternyata Anwar hanya gempar sahaja bila selalu melaungkan slogan "lawan tetap lawan".

3. Sejak menjadi pemimpin pembangkang, tindakan beliau dan partinya banyak mencemarkan institusi Raja.  Tetapi sekarang melutut meminta pengampunan Raja. Enough is enough, Anwar mesti berhenti berlakon dan berbohong.

MOHD PUAD ZARKASHI 
Ahli Majlis Tertinggi UMNO



 
Top