Kami petik dari status Facebook Yahaya Ismail - 10 am 19/2/2015....


PEMUDA UMNO JANGAN BUAT KERJA BODOH

Kalau KJ hendak eksploitasikan kes liwat Anwar untuk agenda politik pribadinya dia akan hancur, dan menjadi momokan rakyat. Jangan tunjuk dia lebih bijak dari TS Shafiee yang telah menjelaskan dengan panjang dalam media dan juga majlis dialognya baru-baru ini. Malah penerangannya mengenai kes liwat ini pun telah disiarkan dalam facebook.

Perlu diinsafi Pemuda UMNO sekarang dianggap orang ramai tidak punya kredibiliti, hanya sebagai pak pacak, kerana KJ dianggap tidak layak jadi ketuanya. Mengapa? Dia korup. Dia menang jawatan itu melalui korupsi, dan ini disah sendiri oleh J/Kuasa Disiplin UMNO. Dia dibenarkan bertanding merebut ketua Pemuda kerana campurtangan bapa mertuanya, Pak Lah yang jadi PM pada waktu itu. Dua orang yang juga terlibat dalam korupsi pemilihan pucuk,pimpinan UMNO, iaitu Isa Samad dan Ali Rustam digantung keahlian selama tiga tahun. Inilah double standard dalam UMNO.

Krebiliti KJ sebagai pemimpin muda dalam politik sudah tercemar dan tidak boleh mandi bunga untuk buangkan sialnya. Imejnya buruk dan sampai sekarang dia tidak mampu memimpin Pemuda menjadi suatu kekuatan politik yang mencerminkan dinamisme yang berporoskan kerakyatan. Bagaimanakah seorang yang korup hendak membantu UMNO yang lemah sekarang ini?

Ketawa segala beruk, lutung dan siamang di hutan kerana melihat kelemahan kepimpinan Pemuda sekarang. Sepatutnya Pemuda lebih hebat perjuangannya dari Perkasa, ngo Melayu yang dihormati ramai. Sekiranya KJ hendak buat roadshow membela UMNO dengan memperalatkan kes liwat Anwar maka dia akan menjadi sasaran kecaman hebat dari orang Melayu kelak. Bagaimana kalau orang bertanya mengenai berbagai skandal para pemimpin UMNO sekarang? Bagaimana kalau orang menyoal dia jadi ketua kerana korupsi? Apakah dia boleh menafikan dia sendiri memberi paspot antarbangsa kepada Anwar waktu Anwar dibebaskan lebih awal dari penjara oleh bapa mertuanya? Bukankah kamu waktu belajar di England dianggap anti Melayu, anti UMNO?

KJ jangan mimpi hendak menjadi PM. Walau pun dia Melayu tetapi dia tidak dapat menghayati dengan mendalam aspirasi bangsa Melayu dan Islam yang sebenar. Sikap liberalisme yang hendak ditonjolnya dalam Pemuda membayangkan dia tidak faham semangat Melayu islam yang sebenar. Kononnya dia ingin bertanding untuk jawatan naib presiden UMNO kali ini. Jangan bagi dia memegang apa pun jawatan penting dalam parti. Biar dia mati kering sebagai ahli biasa atau dia boleh melompat menyertai PKR untuk mengambilalih kepimpinan Wan Azizah. KJ lebih cocok menyertai PKR kerana adanya persamaan perjuangan Anwar dengan dia sebagai Melayu liberal yang berkiblat ke Barat. "



 
Top