Berikut kenyataan penuh Deen Qassim, Pengerusi Gerakan Kelantan Berhijrah

Kenyataan YAB Dato ' Sri Najib Razak mengenai BN tidak letak calon di PRK DUN Chempaka adalah tepat pada masa dan keadaan/situasi.

Saya sangat yakin dan percaya keputusan yang dibuat oleh BN ini mengambil kira banyak perkara dan yang paling besar ialah memfokuskan kepada Bantuan Pasca Bah Kuning di Kelantan.

Keputusan ini (kerana memfokuskan kepada Bantuan Pasca Bah Kuning di Kelantan) ini dapat menyangkal telahan nakal beberapa pihak yang mengatakan  BN takut .

Bagi saya BN tidak letak calon itu Bukan Kerana Takut Kalah tetapi Mahu Menyelesaikan Banyak Masalah.

Membantu Kelantan (Pasca Bah Kuning) Saja Sudah Memberi Kemenangan Peribadi Pada BN Terutama Parti UMNO di Kelantan.

Saya juga percaya dengan keputusan tidak meletakkan calon di Chempaka bukan menggambarkan BN kalah tetapi melambangkan KEBIJAKSANAAN DAN KEWIBAWAAN BN itu sendiri.

Islam Adalah Persaudaraan, Politik Adalah Persahabatan
#KelantanBerhijrah - Untuk Kelantan Yang Lebih Baik

Deen Qassim
Pengerusi
Gerakan Kelantan Berhijrah


 
Top