Selepas Tok Guru meninggal, nilah kali pertama aktivis dan pemimpin PAS secaro terbuko cadeykey Tok Guru Haji Hadi gabungkan PAS dengey UMNO untuk bentuk Kerajae Perpaduey daley persekutuey seterusnya bulih buat HUDUD secar sistematik dey teratur.
Sorey pemimpin PAS Terengganu nama Roslan Ismail, hok bui cadangey, Roslan Ismail ni bekas ADUN PAS Bukit Besi.
"Jika saya di tapak Tuan Guru Presiden, saya akan gunakan ruang ini untuk melakar satu sejarah terharum kepada rakyat Malaysia dengan bergabung dengan Umno/BN untuk membentuk kerajaan persekutuan dan melaksanakan hudud secara sistematik selepas ini," tulis Roslan.
Ni kenyataan terbuka pertamo hok tubik dari kalangey pemimpin PAS nok parti PAS bekerjasama dengan Umno seterusnya melaksanakan hudud.

Sebelum tu Roslan maroh ko DAP, kenyataan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo hok oyak PAS bukan lagi sebahagian komponen Pakatan Rakyat (PR) jika bertegas bentang rang undang-undang pindaan hudud di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada 18 Mac ini.
"Kenapa DAP bersungguh sangat menghalang PAS melaksanakan syariat Islam? Jika PR berjaya tumbangkan BN, adakah kerajaan baru itu akan memberi ruang kepada PAS melaksanakan hudud?
"Bagi sesetengah kalangan, pelaksanaan hudud perlu kepada ruang masa untuk memberi penerangan dan pemahaman kepada rakyat, tetapi, dengan pendirian DAP yang sebegini keras dan konsisten, saya tidak nampak PR akan mengizinkan PAS melaksanakan hudud walaupun berjaya menguasai kerajaan pusat," tulis Roslan.
Bekas Naib Presiden PAS Ahmad Awang sebelum ini berkata, terdapat kecenderungan yang jelas di kalangan pimpinan PAS untuk bersama dengan Umno walaupun sentiasa dinafikan oleh mereka.
Tulis Roslan, ketika PAS kecil dan baru merangkak, tiada siapa pun yang nampak.
"Malah ketika bertahalluf siyasi dengan Perikatan pun, PAS ditendang begitu saja," katanya.
Hari ini, katanya, PAS sudah subur mekar, semua pihak mula nampak kepentingan dan peranannya dalam mencerna hala tuju politik negara.
Roslan seterusnya menulis:"Bukankah perjuangan kita di dalam PR pun kerana ingin melaksanakan perintah Allah ini?
"Soal integriti, ketelusan, rasuah dan kepincangan boleh ditangani dengan memperkuatkan SPRM dan lain-lain jabatan yang berkaitan," katanya.
Beliau berkata, soal Umno dan BN akan mengkhianati PAS lagi selepas ini ketentuan Allah dan "kita tidak boleh meneka kebijaksanaan Allah di dalam mengatur urusan-Nya".
"Ketika itu, saya boleh pejam mata dengan penuh kepuasan," katanya.
Tulisan Roslan disambut baik aktivis Umno Dungun, Jame Taib yang menyifatkan pandangan itu sangat baik.
"Alhamdulillah.... insya-Allah dipermudah oleh Allah jika kedua-dua parti politik yang berdaftar ini dapat bersatu. Atas dasar Islam, kita cuba satukan perbezaan yang ada," tulis Jame.
"Jazakallah ustaz atas lontaran pandangan yang tulus dan berani. Pandangan ini sebenarnya mewakili ramai pemerhati politik di luar sana." – 23 Februari, 2015.


 
Top