DAP terus-terusan menetang Perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.
"Pakatan Rakyat Bukan Kepunyaan DAP. Pakatan Rakyat juga tiada ketua. kalau dia tidak bersetuju, dialah yang keluar dari Pakatan Rakyat. Kenapa suruh kita keluar pula?" 
Kata penolong Setiausaha Agung PAS Pusat untuk Takiyuddin Hassan.Beliau menegaskan, PAS tidak akan tunduk kepada DAP yang terus-terusan menetang Perlaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II.

Malah , Katanya, DAP boleh keluar Pakatan Rakyat sekiranya parti itu tidak bersetuju dengan usaha kerajaan negeri mahu melaksanakan HUDUD di Kelantan.
"Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan diluluskan sejak 1993 sebelum ada Pakatan Rakyat, itu asasnya. Dalam isu HUDUD ini tidak persetujuan bersama. tapi tiada orang yang boleh menhalang orang lain.
"Maknanya DAP tak boleh halang PAS untuk meneruskan HUDUD. ini ada dalam Perjanjian itu
"PAS tidak pernah bersetuju untuk tidak melaksanakan HUDUD."
Ketika ditanya adakah PAS sedia berpecah, Takiyuddin yang juga ahli parlimen Kota Bharu berkata,
"ia bergantung kepada DAP."
Malah katanya,Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menyebut dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat Bahawa tak boleh halang Pelaksanaan Hudud kerana ia sudah diluluskan sejak 1993

Pakatan Rakyat hanya wujud pada 2008, jadi mana-mana parti tidak boleh sekat PAS daripada melaksanakan enakmen ini di Kelantan.

---@#Loz
 
Top