Sekadar Hiasan

Luahan seorang bapa kepada tiga anak yang mendakwa isterinya NOR HIDAYAH ABDULLAH, 30, menghilangkan diri sejak lebih dua bulan lalu kerana terpedaya dengan kenalan baharu yang dikenali menerusi laman media social FACEBOOK.
Hafizi berkata pada 2 disember lalu, isterinya keluar dari rumah di kampung sungai keladi kira-kira jam 8.30pagi untuk membeli sarapan namun tidak pulang-pulang hingga sekarang.
"Saya tidak tahan melihat, sudah dua bulan anak menangis dan terjaga lewat malam kerana terlalu rindukan uminya" kata seorang buruh, HAFIZI MAT HASSAN.
"Saya menyedari dia melarikan diri apabila, Hidayah menghantar khidmat pesanan ringkas menyuruh saya mengambil motorsikal yang ditinggalkan di pasar dan tidak mahu pulang kerumah," Katanya
 Dakwa Hafizi, Isterinya itu menunjukkan perubahan sejak pandai menggunakan Facebook dan pada awalnya menjangkakan dia akan bertindak sejauh ini dengan sanggup meninggalkan keluarga.

Hafizi mendakwa lagi, sebelum ini isterinya itu pernah merajuk kerana menegur sikapnya yang "tergila-gilakan" Facebook menyebabkan dia pulang ke rumah orang tuanya tapi balik semula setelah hatinya sejuk.
Namun sekarang dia pergi dan tidak balik-balik sehingga anak-anak sering bertanyakan ibunya, sehinggakan tidak pergi ke sekolah.
"Sejak isteri saya hilang, anak saya sering bangun lewat malam untuk menatap gambar ibunya sambil menangis dan kadang-kadang demam.
Saya sudah tidak sanggup lagi lihat keadaan mereka berada dalam kesedihan sebegini rupa"
Naluri kebapaan Hafizi yang sayangkan anak-anak dan isterinya itu beri kekuatan kepadanya untuk mengesan kedudukan isterinya sehingga pergi ke Terengganu walaupun cariannya tidak membuahkan hasil.
"Dalam tempoh dia menghilangkan diri saya cuba hubungi telefon isteri saya, saya terkejut apabila orang lain menjawabnya dan memberitahu sekarang berada di terengganu.
"Saya mengambil keputusan terus ke Terengganu tetapi saya tidak berjaya mengesannya kerana saya sendiri tidak tahu di mana lokasi dia berada"Katanya
TIDAK TERUS PATAH SEMANGAT, Hafizi berkata,dia juga menampal gambar isteri yang dicarinya supaya ada pihak yang tampil memberikan maklumat untuk mempercepatkan lagi pencariannya kerana kasihankan anak-anak.

Katanya, Sesiapa yang mengetahui kedudukan isterinya bolehlah menghubungi Dia di talian
017 906 0739 

-Bro Koksey Kokdan.-
 
Top