22 Februari- DAP sound PAS tidak duk daley Pakatey Rakyat dey bukey sebahagiey daripado Pakatey Rakyat lagi jiko PAS teruskey pembentange Rang Undey-undey Hudud di Dewey Negeri Kelatey Mac ni.

Gobind Singh Deo, anok Karpal Singh ni supo ayoh dio, konsisten tolok HUDUD dey dio kata HUDUD ni bukey agenda Pakatey Rakyat.

"Pembentangan rang undang-undang ini juga bertentangan dengan perjanjian yang dicapai dalam mesyuarat kepimpinan PR terakhir di mana dinyatakan dengan jelas perlu ada perbincangan lanjut di antara ketiga-tiga pihak sebelum langkah seterusnya diambil berhubung perkara itu," kato Gobind
Gobind ni ketuo Biro Undang-undang DAP, gesso dey pakso PAS hormati Pakattey Rakyat.

"Jika PAS teruskan dengan rang undang-undang hudud itu, ia akan dianggap umpama satu tindakan yang terang-terangan dan jelas menentang rangka kerja dasar bersama PR.

"Jika begitu keadaannya, pemimpin PAS di belakang keputusan ini mesti cukup berani mengakui mereka cuba membawa PAS keluar PR dan ini menjejaskan wibawanya sebagai sebuah parti yang mengaku memberi tumpuan dan mahu berusaha ke arah mengukuhkan PR," katanya.
 
Top