Projek pembangunan pelabuhan tok bali di pasir puter,kelantan dijangka bakal menarik pelaburan sehingga RM 1Billion dalam tempoh tiga tahun,

Menteri Perdangangan Antarabangsa dan industri (MITI). Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata,Miti sudah meluluskan projek terbabit pada 7 januari 2015. 
Katanya, setakatini terdapat kira-kira 100 syarikat yang berpotensi untuk melabur dalam projek berkenaan dan projek itu dijangka akan memberi manfaaat kepada kawasan sekitarnya dan juga kelantan secara keseluruhannya.
"Tok Bali mempunyai potensi besar sebagai pangkalan untuk menyediakan perkhidmatan berkenaan kerana lokasinya stratergik berikutan jaraknya ke kawasan pembangunan Bersama Malaysia-Thailand (MTJDA)"
"Tok Bali SupplyBase Sdn Bhd(TBSB), Pengendali pelabuhah terbabit sudah melabur sebanyak RM90 JUTA tahun lalu dan tahun ini dianggarkan RM100 juta akan dibelanjakan untuk pembangunan projek itu,"
Dato Mustapa berkata,(TBSB) sedang berunding dengan syarikat yang pakar dalam perpaipan berlapis di pelabuhan dengan anggaran pelaburan dengan anggaran pelaburan kira-kira RM340 juta dalam tempoh dua tahun akan datang.

Beliau berkata, Syarikat itu akan menduduki kawasan berkeleluasan 32.37 hektar tanah pelaburan itu bagi tujuan pembangunan kemudahan bekalan paip salutan khas untuk rantau ini. Sementara itu, Ketua pegawai Operasi TBSB Jim Iler berkata.

Pembangunan pangkalan bekalan itu merangkumi tiga fasa iaitu fasa pertama dan kedua bertumpukan perkhidmatan kapada sektor minyak dan gas (O&G) manakala ketiga adalah pelabuhan.
"Kami berhasratmenjadi satu pusat sehenti ang menyediakan perkhidmatan kepada syarikat minyak dan gas yang beroperasi di Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailan. North Malay Basin dan kawasan perjanjian Komersial Malaysia-Vietnam,"

Iler berkata, Projek itu termasuk pembinaan pelabuhan dijanka siap sepenuhnya dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.

Pada masa sekarang Pangkalan Bekalan ok Bali itu dilengkapi lima kemudahan untuk kapal berlabuh, GUDANG SELUAS 5,000 METER PERSEGI, PEJABAT, BAHAN API serta AIR. Pangkalan Bekalan Tok Bali itu adalah yang ketiga dilesenkan di Malaysia selepas kemudahan sama di Kemaman dan Labuan



utusan
 
Top