22 Februari- PAS keno beringat supaya berhati-hati daley laksanakey tahaluf siyasi takut dan dibimbey tersasar dey lari jauh dari matlamat sebenar iaitu perjuangkey Islam.

Dr. Mohd Zuhdi Marzuki ado bagitau bahawo tahaluf siyasi keputusey hok besar sekali pernah dibuat oleh Majlis Syura Ulama yang mana melibatkan parti PKR dan DAP.


Ambil contoh parti daley Pakatey Rakyat, Dr. Zuhdi oyak dua parti ni ado hubunge proksi denge NGO serupo Siseter in Islam dan Comango. Kito semua tahu Comango ni perjueke Isley Liberal dan LGBT.

"DAP... mereka yang lahir sebelum 1970an tahu DAP ni apa.

"PKR... dalam PKR semua ada, macam macam ada... dalam PKR ini ada kumpulan Islam dahulunya ada bekas-bekas Umno dalam, ada pejuang hak asasi manusia.

"Kedua-dua rakan Pakatan Rakyat ini mempunyai proksi hubungan dengan NGO dan antara NGO-nya seperti Sisters in Islam dan NGO seperti Comango," kata Dr. Zuhdi daley ucapey bentey kertas pasca Arab Spring di Multaqa Ulama SeMalaysia ke-2 di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya.



Jadi, PAS keno balik pado matlamat asal perjuange iaitu Isley hok diketuai oleh Ulamak untuk jamin perjuange PAS bercaya dey tercapai.

"Apabila gerakan Islam tidak dipimpin oleh ulama, akan tiba masanya mereka yang jadi pemimpin itu boleh menyesatkan dan menyesatkan orang lain.

"Atas sebab itulah dalam konteks kita berhadapan dengan politik Malaysia, kita mengambil sebab bertahaluf... kita bertahaluf, perlu lihat dengan siapa kita bertahaluf, ini satu keputusan yang besar dibuat oleh Majlis Syura," kata Mohd Zuhdi di hadapan kira-kira 1,000 perwakilan Ulama PAS.

Tahaluf Siyasi ni ni seolah kita duduk daley hutey rimba, dan pedoman kita adalah ulamak. Jangan jadikan babi pedoman kita.

Katanya adalah penting untuk mendengar kata ketua ketika dalam hutan rimba tersebut supaya 'tidak ditelan babi'.







 
Top