KUALA LUMPUR : Barisan Nasional (BN) tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka bulan depan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Najib yang juga Pengerusi BN berkata, keputusan itu diambil atas beberapa sebab termasuk untuk memberi keutamaan kepada urusan bantuan pasca banjir kepada mangsa dan usaha kepada perpaduan ummah.

"Pada PRK Parlimen Gelugor kita tidak meletakkan calon, jadi tak semestinya mesti letak calon...kita lihat juga pada keadaan dan situasinya," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di sini.





 
Top