Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) tidak bersetuju untuk bergabung dengan UMNO kerana Matlamat asal penubuhannya memperkuatkan PAS dan memperkukuhkan Pakatan Rakyat (PR) Ketua penerangan Pusat PASMA mohamad Nazir Zakaria berkata.

Beliau berpendapat mungkin ada ahli PAS yang tidak senang dengan kewujudan PASMA kerana dianggap menggugat dan menghalang hasrat beberapa individu dari pimpinan PAS untuk bergabung dengan UMNO.

Bagaimanapun, Beliau berkata,ia hanya pendapat peribadi beliau selepas melihat konflik yang tercetus antara persatuan itu dengan PAS
"Kita tidak setuu mengenai penggabungan itu" memang kita tidak setuju sekiranya PAS keluar dari PR. PASMA tetap relevan kerana matlamat kami meyatukan rakyat di bawah PR.
"Ketika ini 3.5 juta penyokong PR terdiri daripada ahli tidak berparti dan PASMA paltform mereka mengeluarkan pandangan" 
"Seandainya PAS keluar dari PR, PR tetap wujud.. malah PASMA juga tetap wujud atas kapasitinya sebagai NGO bertujuan menyatukan ummah bagi menentang UMNO,"
Katanya sebelum membuat laporan polis di ibu pejabat Polis (IPD) ke atas Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob yang mendakwa PASMA menyesatkan ahlinya serta membuat tuduhan yang tidak berasas.

Baru-baru ini media melaporkan Ahmad yang juga pemangku Ketua Dewan Ulama PAS mengesa Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat mengambil tindakan displin terhadap PASMA ketika menyampaikan ucaptama di Majlis Multaqa Ulama S-Malaysia ll pada 21 Februari lali.

Mohamad Nazir berkata. Laporan polis itu dibuat selepas Ahmad membuat tuduhan dan fitnah ke atas PASMA menerusi ucapan dikeluarkannya, lebih-lebih lagi ia tersiar di seluruh media social dan akhbar sekaligus mencalarkan nama baik persatuan itu.


--[@]--

 
Top