Amir Sharifuddin Aliman, 61, dijatuhi hukuman denda RM70,000 
atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Ipoh
IPOH, 25 FEB - Seorang pegawai Jabatan Hutan Daerah Hulu Perak, Amir Sharifuddin Aliman, 61, dijatuhi hukuman denda RM70,000 atau tujuh bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku menerima rasuah RM100,000 daripada seorang kontraktor balak, tiga tahun lepas.
Hakim Rihaida Rafie turut mengarahkan wang tunai RM768,970 milik beliau yang dirampas dari rumah tertuduh serta wang berjumlah RM3,103,324.71 dalam 12 akaun milik isteri dan empat anaknya (jumlah keseluruhan RM3.872 juta) dilucut serta diserah kepada kerajaan Malaysia - BERNAMA
 
Top