Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menzahirkan rasa pelik dengan undi diterimanya pada pemilihan semalam yang menyaksikan beliau tewas dengan perbezaan undi besar bagi perebutan jawatan nombor dua parti. Bagaimanapun, Mohamad atau Mat Sabu ketika ditemui media sebentar tadi menerima baik keputusan terbabit, sambil menyifatkan ia sebagai asam garam dalam pertandingan.
"Kalah itu biasa, ada ketika saya pernah menang. tapi undi (yang diperolehnya pada pemilihan kali ini) itu sikit sangat,"
Ditanya perancangannya selepas ini, beliau menjelaskan akan bercuti seketika dari arena politik. Beliau juga tidak menjawab dan seakan berdolak dalik dengan persoalan wartawan yang bertanyakan sama ada kemungkinan untuk beliau menyertai pertubuhan atau 'parti' lain termasuk PASMA.
"Saya akan bercuti sekejap..itu saja,"
Jawatankuasa Pemilihan PAS pusat mengumumkan Mohamad tewas kepada Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS. Sementara itu, bekas Naib Presiden, Salahuddin Ayub pula menjelaskan kegagalannya mempertahan jawatan disandangnya disebabkan 'style' politik yang dibawanya ketika ini tidak sesuai dengan perkembangan semasa.
"Saya rasa keputusan pemilihan menunjukkan trend yang jelas oleh perwakilan seluruh negara kepada cita rasa kepemimpinan yang mereka mahukan bagi sesi ini. 
"Mungkin bagi diri saya sendiri, 'style' politik yang saya bawa ini mungkin pada pandangan perwakilan tidak lagi sesuai dengan perkembangan yang ada pada hari ini.
 
Top