Anggota Parlimen Pasir Mas Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menang jawatan Ketua Pemuda PAS dalam pertandingan satu lawan satu pada pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat pada Rabu.

Anak bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu yang disebut mendapat sokongan kuat daripada kumpulan pro ulama dalam parti itu, menerima 429 undi menewaskan penyandang jawatan itu Suhaizan Kaiat yang mendapat 262 undi.

Keputusan pemilihan itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat Dr Zulkarnain Lukman.

Seorang lagi calon yang disifatkan pro ulama, Muhammad Khalil Abdul Hadi iaitu anak kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Ketua Dewan Pemuda parti berkenaan.

Beliau mendapat 435 undi menewaskan pencabarnya iaitu bekas Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Raja Ahmad Iskandar Raja Yaacob yang mendapat 257 undi.

Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Mohd Khairil Nizam Khirudin pula mempertahankan jawatan Naib Ketua Pemuda selepas meraih 458 undi, menewaskan pencabarnya Nor Azman Mohamad yang memperoleh 235 undi.

Sebanyak 738 perwakilan termasuk exco Pemuda PAS memilih barisan kepimpinan baharu termasuk 12 Anggota Jawatankuasa Kerja Pusat Dewan Pemuda PAS bagi sesi 2015/2017.

Berikut senarai penuh Anggota Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Pusat sesi 2015-2017:

Pengerusi Tetap: 
Kamal Ashaari

Timbalan Pengerusi Tetap: 
Dr Riduan Mohd Noor

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat: 
Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat: 
Muhammad Khalil Abdul Hadi

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat: 
Khairil Nizam Khirudin

Anggota Jawatankuasa Kerja:

  1. Afnan Hamimi Taib Azamudden
  2. Ahmad Fadhli Shaari
  3. Hishamudin Abdul Karim
  4. Izwan Abd Halim
  5. Mohd Azam Abd Samad
  6. Mohd Hafez Sabri
  7. Mohd Zawawi Abu Hassan
  8. Muhtar Suhaili
  9. Nurul Islam Mohamed Yusof
  10. Syahir Che Sulaiman
  11. Syarhan Humaizi Abdul Halim
  12. Syed Abdul Kadir Al-Joofree


 
Top