Kota Bharu 13 jun: Pengurus Besar Hotel Renaissance Kota Bharu, Izudin Merican berkata, melalui program itu, pelancong yang menginap di hotel berkenaan akan menikmati rasa masakan asli Kelantan selain berpeluang melihat aktiviti mencanting batik, anyaman rotan dan pameran barangan perak.
Katanya, program sehari suntuk itu dianjurkan bersempena aktiviti tahunan keempat Global Day of Discovery yang diper­kenalkan Hotel Rennaissance sejak 2011.
"Pada setiap 11 Jun, 160 Hotel Renaissance di seluruh dunia akan menyambut Global Day of Discovery dan pada hari itu, kami akan melaksanakan beberapa aktiviti tempatan yang unik bertujuan mempromosikan budaya tempatan.
"Di Kelantan, kami memilih tema Discover the Night Market di mana pelanggan yang menginap di hotel ini berpeluang merasai pengalaman menarik menyusuri budaya tempatan sebaik sahaja melangkah ke dalam hotel,"
Menurut Izudin, pihak hotel juga menyediakan pelbagai jenis masakan tradisi kepada pengunjung seperti sate ayam percik, murtabak raja serta pulut mangga.
Sementara itu, Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia negeri, Mohd. Aidil Afiza Daud berkata, pengusaha industri pelancongan perlu memainkan peranan lebih berkesan dalam mempromosikan budaya unik Kelantan kepada pelancong tempatan dan antarabangsa.
"Mereka yang terlibat, termasuk pengusaha hotel, pusat peranginan, chalet serta kafe dan restoran perlu bijak 'menjual' budaya negeri ini yang sering digambarkan sebagai the cradle of culture (tempat lahir­nya budaya).
"Kita juga perlu menonjolkan keramahan orang Kelantan bermula dari pintu-pintu masuk ke negeri ini seperti di Rantau Panjang dan Pengkalan Kubor sehinggalah pelancong tiba di tempat penginapan mereka,
 
Top