PUTRAJAYA- Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak pagi ini mengumumkan kadar minimum untuk Imbuhan Tetap Perumahan Naik ke RM 300 dari RM 180 sebelum ini.

Beliau mengumumkan perkara tersebut ketika berucap di Majlis Perdana Perkhidmatan Awam Kali-14 di Pusat Konvensyen Putrajaya(PICC) dengan tema Mendepani Realiti Baru Negara.

Perdana Menteri turut mengumumkan mereka yang duduk di Kuarters turut menerima Imbuhan Tetap Perumahan Kakitangan Awam sebanyak 25% dari kadar kelayakan.

Bayaran kadar berkenaan akan dibayar mulai 1 November 2015
 
Top