Propaganda oleh dua blog yang inginkan populariti iaitu rahsiabloggerviral.blogspot.com dan http://terjahjaya.blogspot.com/ sanggup menjadikan platform social untuk menakut nakutkan orang ramai dengan membuat propaganda bahawa Tsunami bakal melanda di tiga tempat sekitar malaysia adalah satu perkara yang tidak patut dilakukan, kerana ini hanya menyebabkan kebimbangan dan panik, hakikat sebenarnya laporan itu telah lama dikeluarkan pada tahun 2013 lagi. sumber dari bernama memberitahu,


Agensi Meteorologi Jepun (JMA) tidak pernah mengeluarkan sebarang amaran akan berlaku tsunami dalam tempoh 36 jam di kawasan Borneo sebagaimana yang tersebar di laman sosial.

Menurut jurucakap Pusat Amaran Awal Tsunami Nasional Jabatan Meteorologi Malaysia, selain tidak mengeluarkan amaran tsunami, JMA tidak mengesan sebarang gempa bumi yang boleh mencetuskan tsunami.
"Kita telah periksa dengan JMA, mereka tidak ada keluarkan apa-apa amaran sama ada (mengenai) tsunami atau gempa bumi,"
Beliau tidak menolak kemungkinan hujan lebat dan angin kencang di Sabah ketika ini mencetuskan panik dalam kalangan orang ramai yang mengaitkannya dengan kejadian tsunami.

Sementara itu, Pengarah Meteorologi Sabah Abdul Malek Tussin berkata pihaknya juga tidak mengeluarkan sebarang amaran tsunami.
"Saya pun tak faham macam mana cerita begini boleh timbul,"
Khabar angin bahawa tsunami akan berlaku di Borneo dalam tempoh 36 jam tersebar di laman sosial susulan sekeping gambar laut bergelora, kononnya diambil di kawasan perairan Brunei, dimuat naik di laman sosial termasuk Facebook.

Ia mencetuskan panik dalam kalangan penduduk Sabah, yang turut meluahkannya menerusi media sosial.


P/S: Gunakan media social untuk beri pengetahuan ilmu dan kebenaran sesuatu berita kepada orang ramai.

Jaimie
 
Top