Kota Bharu Biro Kebajikan Umno Malaysia dan Kelab Putra 1Malaysia (KP1M) akan memberi fokus dalam membantu mangsa bencana banjir di Kelantan dan gempa bumi di Sabah pada tahun ini.

Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Malaysia Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berkata berbanding dahulu, mereka sering memberi bantuan kepada rakyat di luar negara, namun pada kali ini mengambil pendekatan berbeza selepas Malaysia ditimpa dua bencana besar sejak akhir tahun lepas.
"Ia berikutan kita diberi amanah oleh Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membantu kawasan yang dilanda kedua-dua musibah ini," katanya sempena Majlis Pelancaran Program Ihya Ramadan al-Mubarak Peringkat Negeri Kelantan di Bangunan Umno Kelantan"
Pada majlis berkenaan, sebanyak 590 masjid di seluruh negeri ini akan menerima 10 kilogram kurma, 10 liter air zam zam dan 10,041 pasang kain baju Melayu yang akan diagihkan oleh ketua Umno bahagian masing-masing
 
Top