Masyarakat dunia, khususnya umat Islam, perlu segera menyelamatkan bekas presiden yang digulingkan, Dr Mohammed Mursi dan puluhan lagi anggota Ikhwanul Muslimin dari menjalani hukuman mati di penjara Mesir.

Hakim Mahkamah Khas Mesir yang bersidang beberapa hari lalu telah mengekalkan hukuman mati terhadap Dr Mursi, tindakan yang menimbulkan kemarahan umat Islam seluruh dunia, bahkan Bangsa-Bangsa Bersatu juga memberi perhatian khusus.

Dalam keadaan yang tegang ini, Mesir berdepan dengan kecaman antarabangsa selepas mahkamah negara itu mengekalkan hukuman mati tersebut ke atas Dr Mursi dan puluhan lagi anggota Ikhwanul Muslimin yang didakwa melarikan diri dari penjara serta menyerang anggota keselamatan pada 2011.
Dr Mursi kelihatan tenang di kandang yang dibuat seperti sangkar di mahkamah itu, ketika ketua hakim yang berbadan gemuk mengekalkan hukuman itu.

Israel dan sekutunya tentu sekali gembira dengan keputusan tersebut.
Sementara itu, Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-Moon memberitahu agensi agensi berita antarabangsa bahawa Bangsa-Bangsa Bersatu menolak hukuman mati dalam apa jua keadaan.

Keputusan selepas perbicaraan secara beramai-ramai itu, katanya, dikhuatiri akan memberi impak negatif terhadap prospek kestabilan untuk jangka masa panjang di Mesir.
Sementara itu menurut laporan al-Jazeera, Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan menyifatkan hukuman mati ke atas sekutu rapatnya dan beberapa pemimpin Ikhwanul termasuk Mursyidul Amnya, Mohamed Badie adalah 'pembunuhan' beramai-ramai ke atas undang-undang asas hak asasi manusia.

Erdogan menggesa masyarakat antarabangsa supaya mendesak kerajaan Mesir untuk menarik balik keputusan tersebut. Tindakan seperti ini hanya akan merosakkan situasi keamanan di negara itu.
Kelmarin, mahkamah mengumumkan bahawa hukuman mati ke atas Mursi dikekalkan selepas berunding dengan Mufti Besar Mesir. Lebih 90 anggota Ikhwanul Muslimin dijatuhkan hukuman mati.

Mufti Mesir dengan kuasanya boleh menimbangkan pengampunan terhadap Dr Mursi, tetapi dengan kesediaannya berunding dan mendengar pandangan dari para hakim yang mengadili Dr Mursi, kemungkinan besar bekas presiden itu tidak akan diampunkan.

Semuanya ini akan menimbulkan kembali kekacauan di negara itu, di mana di bulan Ramadhan tiga tahun lalu, ribuan rakyat Mesir, khususnya pendukung Ikhwanul Muslimin terbunuh, beribu-ribu lagi cedera apabila tentera Mesir yang dipimpin oleh Jeneral Abd Fatah As-Sisi menggempur demonstrasi rakyat menyokong Dr Mursi di Kaherah dan di pelbagai tempat di negara itu.
As-Sisi yang kini presiden Mesri adalah keturunan Yahudi Morocco dan sangat rapat hubungannya dengan Tel Aviv.

Sebulan yang lalu, ada usaha Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan untuk menyelamatkan Dr Mursi dengan menwarkan supaya bekas presiden Mesir itu dilindungi di Turki. Tetapi nampaknya usahanya itu tidak berjaya, apabila mahkamah khas Mesir mengekalkan hukuman terhadap Dr Mursi itu.
Kecuali Turki, tidak ada reaksi dari pemimpin negara umat Islam, bahkan negara OIC menjauhkan diri dari mengadakan tekanan terhadap Mesir itu.

Bagaimanapun umat Islam prihatin seluruh dunia, bukan penguasa negara umat Islam, menuntut Mesir supaya membatalkan hukuman mati terhadap Dr Mursi itu.
Pelbagai golongan dari pelbagai negara telah mengutuk keputusan pengadilan Mesir yang mengekalkan hukuman mati terhadap Dr Mursi itu.
Lembaga pemantau HAM Amnesty International mengutuk keputusan mahkamah khas itu.
"Hukuman mati telah menjadi alat kegemaran pemerintah Mesir untuk membersihkan penentang politik mereka," 
"Kami secara konsisten menentang pengadilan dan hukuman mati, yang diselenggarakan dengan cara yang tidak sesuai dengan kewajipan internasional Mesir dan peraturan hukum," 
Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menyifatkan tindakan Mesir itu sebagai langkah mundur demokrasi yang membawa pemerintah As-Sisi kembali ke era Mesir kuno. Erdogan juga mengecam Barat yang dinilainya bungkam terhadap hukuman mati seperti itu.
Selain Dr Mursi, yang dijatuhi hukuman mati oleh mahkamah Mesir, juga meliputi 105 orang, termasuk Mohammed Badie, Mursyidul Am Ihwanul Muslimin. Juga dihukum mati, lebih dari 70 orang warga Palestin.
Hukuman mati dan penegasan hukuman mati oleh mahkamah tersebut tidak akan meredakan Mesir dari pergolakan di mana rakyat yang menyokong Dr Mursi akan terus bangkit, tetutama anggota Ikhwanul-Muslilm yang berada di mana-mana. Pada ketika yang sama ekonomi Mesir terus merosot.
Itulah Mesir, negara yang dilihat berundur menjadi negara kuno
 
Top