Beliau berkata inisiatif itu sekali gus dilihat dapat menjadi pemangkin melonjakkan pendapatan kumpulan 40 peratus terendah (B40) dalam piramid pendapatan.
"Kita mesti mengambil inisiatif secara intervensi yang positif, saya tidak percaya kalau kita serah kepada penentuan pasaran dalam ekonomi kapatilistik ini, boleh memberi kesan kepada peningkatan pendapatan kumpulan B40,"
Jelas Perdana Menteri inisiatif eRezeki dilihat akan memberi kesan cukup besar membantu peningkatan pendapatan kumpulan itu daripada RM2,500 sebulan pada 2014 kepada RM5,000 sebulan pada 2020.
"Dalam era digital ini kita juga tidak mahu ia terhad kepada mereka di Cyberjaya sahaja tetapi mesti meresap ke akar umbi untuk melahirkan golongan baharu yang mana berpendapatan mereka bertambah"
Menurutnya program berkenaan juga akan melatih dan memadankan masyarakat kumpulan B40 dengan keupayaan menjalankan tugasan mikro daripada sumber domestik dan asing supaya golongan itu boleh memperoleh pendapatan tambahan.

Justeru itu, katanya sebanyak 11 pusat eRezeki akan dibina di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak secara berperingkat menjelang akhir tahun ini.

Najib berkata sebanyak 22 wakil pusat eRezeki akan beroperasi di seluruh Malaysia, termasuk di Pusat Internet 1Malaysia, kolej-kolej komuniti, di pusat Pusat Transformasi Bandar (UTC) dan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) bagi memudahkan rakyat menyertainya.

Program eRezeki adalah inisiatif Digital Malaysia yang bertujuan untuk menghubungkan golongan berpendapatan rendah dengan saluran pendapatan digital.

Melaluinya individu diberi latihan untuk melakukan tugasan digital yang bersesuaian dan menjadi sebahagian tenaga kerja digital yang berdaya saing.

Mereka yang berminat boleh melayari laman sesawang www.erezeki.my atau menghubungi talian
1-800-88-8338
 
Top