Haji Md Anizam bin Abd.

Kerajaan negeri memberikan peringatan tegas terhadap pemegang dan pemohon lesen hiburan di jajahan supaya mengikuti Enakmen Kawalan Hiburan 1998 supaya tidak disenaraihitamkan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan negeri, Datuk Md Anizam Abdul Rahman berkata, akhir-akhir ini didapati di kawasan kampung, ada yang melanggar syarat  di bawah enakmen tersebut.
“Sebagai contoh, ada yang memohon permit dikir barat tetapi memasukkan unsur tidak sepatutnya seperti perempuan berdangdut, membuat hiburan secara terbuka dengan mengenakan tiket dan seksi. Ini menjadi kesalahan. 
“Kerajaan negeri ingin mengingatkan kembali yang kami tidak pernah melarang aktiviti kesenian tetapi biarlah mengikut peraturan,” 
Md Anizam berkata, pegawai di peringkat jajahan telah memberikan nasihat kepada penganjur aktiviti hiburan dan setakat ini akur sekiranya tidak dibenarkan menganjurkan persembahan.
 
Top