Imran Kamali Ahmad Nadzirin, 45 Terbunuh di tempat kejadian.

TAPAH 29 April – Seorang pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terbunuh apabila motosikal kuasa tinggi yang ditunggangnya terbabit dalam kemalangan di Kilometer 342.6, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan di sini hari ini.
Dalam nahas pada pukul 11.45 pagi itu, mangsa, Imran Kamali Ahmad Nadzirin, 45, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintenden Som Sak Din Keliaw berkata, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan dari Permatang Pauh, Pulau Pinang ke Kuala Lumpur.
"Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Harley-Davidson yang ditunggang mangsa melanggar bongkah kayu di tengah lebuh raya.
“Mangsa tidak sempat mengelak lalu terbabas dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Tapah di sini untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarganya,”
Menurut beliau, polis sedang menyiasat punca kemalangan itu mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 
Top