Kerajaan Kelantan tidak akan menangguhkan pembinaan Lebuh Raya Kota Bharu-Kuala Krai walaupun menghadapi musibah banjir besar Disember lalu.

Exco Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad mengakui banjir tahun lalu meninggal kesan besar bukan sahaja ekonomi dan sosial rakyat tetapi juga kewangan negeri.
 “Banjir juga  memberi impak kepada pembinaan  lebuh raya, bagaimanapun kita tidak hasrat untuk tangguh kerana jaringan jalan raya ini sangat diperlukan rakyat Kelantan,” katanya ketika menjawab soalan Zulkifli Mamat (Pas- Pulau Chondong).
Menjawab soalan Mustapa Mohamed (BN- Air Lanas) Hanifa berkata, pembinaan lebuh raya itu setakat Februari  lalu berjalan lancar  dengan   mencapai tujuh peratus pembinaan.
Katanya, proses pembinaan kini melibatkan kerja-kerja awalan melibatkan ukur tanah, pembinaan tapak pejabat, makmal, longkang dan kerja-kerja membersihkan kawasan di Bukit Bakar Machang.
“Dengan kapasiti 30 jentera, kerja-kerja sedang giat  dijalankan di jajaran 10 kilometer dengan melibatkan pembinaan dua simpangan dan tiga jambatan,” 
Katanya, pihaknya telah menyelesaikan fasa pertama dan kedua proses perbicaraan bagi pengambilan semula tanah melibatkan 86 lot dengan kos RM4.5 juta.
“Fasa ketiga libatkan 96 lot akan dilaksanakan dalam masa terdekat,” 
 
Top