GOMBAK - Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat dijumpai pada jam 9.15 malam tadi didalam beg kertas yang ditinggalkan di atas bonet sebuah kereta di kawasan parkir kereta Masjid An-Nur Bandar Country Homes, Rawang.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, bayi tersebut telah ditemui oleh seorang pesara polis berusia 64 tahun setelah selesai menunaikan solat sebelum memaklumkan perkara itu kepada jemaah masjid berhubung penemuan bayi berkenaan.
“Bayi itu ditemui dalam keadaan sihat sebelum dibawa ke klinik berdekatan untuk pemeriksaan,” katanya.
Menurutnya lagi, siasatan awal tidak menemui saksi yang melihat bayi terbabit ditinggalkan di atas bonet kereta dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi balai polis berhampiran.
“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.





"Mencegah Adalah Lebih Baik Daripada Mengubati." 
Sama2 Kita Renungkan Maksud Pepatah Ini.

1.Apa DOSA Si Kecil Ini Sehingga Ibubapanya Sangguh Berbuat Demikian?

2.Semoga Menjadi PENGAJARAN Kepada Kita Semua.

3.Sama-sama Kita Doakan Supaya Bayi Yang Xbersalah Ini Akan Berjaya Dunia & Akhirat.

4.Kita Doakan Juga Supaya Ibubapa Bayi Ini Dibuka Pintu Hatinya & Menginsafi Atas Perbuatan Mereka Ini. 
Amin Ya Rabbal Alamin...
 
Top