Senator Koh Chin Han berkata, sebagai seorang bukan Muslim, beliau mengutuk sekeras-kerasnya tindakan blogger itu kerana perbuatan itu dianggap trust memalukan golongan bukan Islam lain.

"Kalau beliau berada di negara kita, memang patutlah dihadap ke mahkamah untuk didakwa dengan Akta Hasutan. Kita tak dapat menampung 'sampah' seperti Alvin ini di negara kita.
"Tetapi apa boleh kita buat, kita serahkan kepada Kementerian Dalam Negeri untuk mengambil tindakan selanjutnya ke atas Alvin," 
Sementara itu, Senator Datuk Lim Nget Yoon yang mencelah perbahasan itu berkata, kerajaan sepatutnya tidak lagi boleh bertolak ansur terhadap tindakan-tindakan  provokasi‎ Alvin.
"Setuju atau tidak dengan pandangan saya, kalau Alvin didakwa di bawah Akta Hasutan, jadi tidak timbul keadaan seperti ini ... dia lari, dia cabar kerajaan, 'catch me if you can' (tangkap saya kalau anda boleh).  
"Ini memang satu kejadian yang kita tidak boleh tolak ansur. Saya minta kerajaan buat sessuatu tentang dia,"
Terdahulu, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki membangkitkan persoalan tentang status rakyat negara ini yang melakukan kesalahan di bawah Akta Hasutan, ketika berada di luar negara.  
"Saya memohon penjelasan sekiranya dia berada di luar negara, tetapi burukkan, busukkan pimpinan Yang di-Pertuan Agong, bagaimana pula statusnya?,".
"Kalau kita lihat macam Thailand ... dia mempunyai akta yang begitu keras yang dikenakan kepada mereka yang menghina sensitiviti mereka termasuk institusi raja  Thailand,"
Asyraf dalam pada itu menolak dakwaan media asing bahawa negara ini melakukan diskrimimasi melalui Akta Hasutan.    

Beliau berkata terdapat satu kes seorang warga asing dipenjara selama 10 tahun kerana menconteng poster Raja Thailand.


Salah Satu posting di Facebook yang boleh memecah belahkan Kaum-kaum di Malaysia
While we astute ones realize the dangerous threat of Islamization (look what happened in Brunei), you moronic Chinese...
 
Top