Datuk Ahmad Yakob Berucap di Perasmmian majlis Pecah Tanah ‘Projek Shelter’ Tesco Malaysia 
bagi Misi Bantuan Banjir

Kota Bharu - Kerajaan negeri Kelantan lonih tengah bersungguh dok tolong rakyat buat rumah milik kekal mangsa banjir beberapa bulan lepas

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob royak, pihaknya sedang berusaha untuk memastikan mangsa banjir dapat menduduki rumah baharu mereka sebelum Ramadan sebagaimana dijanjikan.

Menurutnya, sebanyak 600 buah rumah akan dibangunkan oleh kerajaan negeri bagi membantu mangsa banjir yang terjejas teruk baru-baru ini, manakala selebihnya dibina Kerajaan Pusat.
“Semua jajahan hok terlibat tengah dok buat doh loni kerja-kerja buat rumah iaitu di Tumpat,Kuala Krai, Tanah Merah dan Gua Musang. kito akan buat ikut capai sasaran hok kita tentukan doh."
sebelum tu beliau merasmikan majlis Pecah Tanah ‘Projek Shelter’ Tesco Malaysia bagi Misi Bantuan Banjir untuk rumah kekal banjir di Kampung Berlian, Tumpat yang turut dihadiri Pengarah Perhubungan Kerajaan dan Korporat Tesco, Datuk Azlam Shah Alias dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim.

Ahmad turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang menghulurkan bantuan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir di Kelantan.

 
Top