Kota Bharu : Kelebihan dengan ketiadaan calon BN pada PRK Dun Chempaka perlu dimanafaatkan Pas bagi melihat kebangkitan semula rakyat Kelantan selepas pemergian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dalam siri ceramah PRK Dun Chempaka di Kampung Che Deris yang dihadiri seramai 400 orang Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu berkata.
"PRK kali ni amat penting bagi meneruskan legasi kepimpinan arwah Tok Guru.Walaupun kita lawan calon bebas tetapi kita kena dapat undi yang paling tinggi untuk Pas dan Pakatan. 
"Undi ini untuk melihat satu kebangkitan semula arwah Tok Guru,
Jika tiba-tiba Pas kurang undi, ini perkara "PELIK." Jadi, inilah yang perlu dilakukan pengundi dengan keluar mengundi pada 22 mac ini"
Malah Mat Sabu juga dapat menyakinkan pengundi supaya terus memberi sokongan kepada calon Pas, iaitu Ahmad Fathan Mahmood.
"Kita letakkan tokoh kita nampak barangkali tidak serupa dengan arwah Tok Guru tetapi akhlaknya,senyumannya,perangainya macam arwah Tok Guru" 
 
Top