Berita tentang Kematian Mr Os yang dikatakan telah meninggal dunia adalah palsu

Pelakon dan Pelawak veteran terkenal, Mr Os atau nama sebenar Mohd Yusof Abdul Hamid, 54, dimasukkan ke Hospital Selayang baru-baru ini akibat pendarahan pada tonsil.

Selepas lapan hari dirawat, Os dibenarkan pulang Sabtu lalu dan kini semakin pulih serta sedia untuk kembali bekerja.
"Saya sebenarnya tidak sakit tekak atau apa sebelum ini namun ada pendarahan tanpa henti pada tekak kerana kesan ubat khas untuk jantung saya. Setelah diperiksa doktor mengarahkan saya untuk menjalani pembedahan.

"Doktor turut menasihatkan saya untuk menguatkan semangat. Doktor hanya menjalankan tanggungjawab mereka untuk merawat dan kita sendiri perlu kuat,"


Bagaimanapun, mengikut Os, dia tidak menghebohkan perkara dia dirawat di hospital kerana tidak mahu dianggap menagih simpati, malah keadaan mungkin menjadi seperti menabur pasir di periuk nasi sendiri.

"Saya tidak mahu orang ingat saya sakit dan tidak kuat untuk mencari rezeki yang mana membuatkan orang tidak lagi mengambil saya bekerja. Kudrat saya masih kuat untuk kembali bekerja dan saya pun sudah hampir sembuh sepenuhnya.
"Buat masa ini saya belum lagi mengambil penumpang kerana tidak mahu ada yang takut dengan jahitan di leher saya ini,"

Bagi Os, jika ada yang simpati, dia minta agar mereka mendoakan kesihatannya, tetapi tidak mahu ada yang salah anggap kerana dia masih lagi kuat untuk mencari rezeki.

Penyebar Berita Palsu
Gotcha....ni dia si penyebar berita palsu tu...entah apa yg dia dapat teman pun tak tau...kalau kamu tu islam bertaubat la...kembali la ke pangkal jalan...semuga Allah ampun kan dosa kamu si penebar fitnah....
Posted by Mr Os on Wednesday, March 25, 2015
 
Top