Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada asas untuk diberi keizinan menghadiri persidangan Parlimen Isnin ini meskipun beliau belum hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.

Ketua Pembangkang itu harus berada di penjara seperti yang putuskan oleh Mahkamah Persekutuan, yang mana keputusan itu wujud terlebih dahulu berbanding petisyen permohonan pengampunan Agong yang masih belum ada jawapan.

"Lagipun semasa mahkamah memutuskan hukuman ke atas Anwar, mahkamah tidak memaklumkan bahawa beliau boleh ke Parlimen kerana status Ahli Parlimen," 

Penganalisis itu menjelaskan, tidak ada kemusykilan tentang status Anwar sebagai Ahli Parlimen walaupun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia tidak mengisytiharkan kerusi itu kosong selagi permohonan pengampunan tidak diputuskan lagi.

Dari sudut pandangan Pandikar, memang Anwar belum dimuktamadkan hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen dan boleh berada di Parlimen.

Tetapi Anwar berada di Penjara Sungai Buloh dan tidak boleh dibawa ke mana-mana atas perintah Mahkamah Persekutuan.

"Kita jangan lupa Badan Kehakiman adalah sistem dan struktur utama organisasi Kerajaan Malaysia, selain perundangan dan badan eksekutif.

"Malah, dari aspek keutamaan pula mahkamah sudah menetapkan keputusan memerintah Anwar ke penjara terlebih dahulu, petisyen permohonan pengampunan dibuat kemudian. Jadi keputusan mahkamah mesti diberi prioriti kerana ia telah dimuktamadkan.

"Dan, dari segi undang-undang pun, Anwar memang sudah hilang kelayakan sebagai Ahli Parlimen," 


Salleh menambah, dalam erti kata sebenar, Anwar sudah disabit kesalahan dan akan kekal di Sungai Buloh. Beliau hanya boleh keluar dengan izin mahkamah.

"Saya tidak tahu pula jika Penjara Sungai Buloh mempunyai undang-undang lain yang membolehkan Anwar keluar ke Parlimen. Tindakan itu (jika dibolehkan) mengenepikan keputusan dan perintah mahkamah," ujar beliau. - MalaysiaGazette



 
Top